Pilu! 8 jam bedah siasat, Zara Qairina kebumi semula selepas laungan Lailahaillallah, peguam sahkan ada kecederaan. 'Memang ada patah'

No Image Caption
A
A
A

PROSES bedah siasat ke atas jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) benar-benar menarik perhatian rakyat Malaysia. 

Ramai yang mengikuti perkembangan ini dengan penuh rasa simpati dan harapan agar keadilan untuk arwah dapat ditegakkan. 

Peguam mewakili ibu Zara, Shahlan Jufri menjadi saksi kepada kerja teliti pasukan pakar forensik yang berusaha mencari kebenaran di sebalik kematian remaja itu manakala Pakar Patologi Forensik merangkap Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Khairul Anuar Zainun mengetuai empat doktor pakar forensik dalam proses bedah siasat berkenaan.

Pengalaman pertama berada di bilik bedah siasat, Shahlan  beliau langsung tidak menjamah sebarang makanan atau minuman, sama seperti pasukan pakar forensik yang turut bekerja tanpa henti.

Sepanjang proses tersebut, jelasnya, turut dilakukan proses penerangan dan sesi soal jawab bersama barisan peguam.

“Ada sesi soal jawab, ada diterangkan dan semuanya ada,” katanya.

Beliau hanya keluar sebentar dua kali sepanjang  11 pagi hingga 7 malam untuk mengambil udara segar di bilik kaca, Shahlan berada di sana sebagai memenuhi permintaan ahli keluarga sebagai saksi. Berikut adalah info yang diceritakan Shahlan kepada wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin:

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

1-Kemungkinan satu inkues (siasatan rasmi mengenai punca sebenar kematian) akan diadakan bagi menyiasat punca kematian Allahyarham Zara bergantung kepada keputusan penuh laporan bedah siasat yang akan diperoleh nanti.

2-Ujar Shahlan Jufri, langkah seterusnya selepas proses bedah siasat adalah berbincang dengan ahli keluarga bagi menentukan tindakan yang akan diambil.

3-Ia bergantung kepada laporan bedah siasat sekarang ini belum ada yang sempurna untuk disediakan.

4-Katanya, inkues boleh diminta sekiranya kumpulan peguam atau ahli keluarga tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat.

5-Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa inkues tidak akan diadakan sekiranya terdapat suspek yang ditangkap dan dituduh di mahkamah.

6-Ditanya mengenai pegawai penyiasat yang mengendalikan kes, Shahlan memaklumkan terdapat pasukan khas namun beliau tidak pasti sama ada ia pasukan sebelum ini atau pasukan baharu.

7-Beliau berkata, pihaknya sebelum ini juga telah membuat permintaan rasmi supaya kertas siasatan dikembalikan kepada Peguam Negara dan melantik pasukan penyiasat dari Bukit Aman.

8-Mengulas mengenai dakwaan bahawa ibu Allahyarham tidak meminta bedah siasat dilakukan, Shahlan menegaskan jika tiada bedah siasat dilakukan, kesalahan tidak boleh diletakkan di bahu ibu Zara, Noraidah Lamat.

No Image Caption

9-Shahlan juga menafikan dakwaan wujud campur tangan politik atau kehadiran mana-mana individu berpangkat tinggi (VVIP) dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

10-Katanya, sehingga kini pihaknya hanya bercakap berdasarkan fakta dan bukti yang ada dan tidak pernah mengaitkan mana-mana pihak politik dalam kes tersebut.

11-Jelasnya, tiada VVIP, masuk ke dalam bilik bedah siasat. Yang ada hanya wakil keluarga, doktor dan pihak polis.  Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada spekulasi dan persepsi yang berlegar di media sosial.

12-Sementara itu, berkaitan keadaan tubuh remaja itu, Shahlan mengesahkan terdapat kecederaan sebagaimana yang tersebar di media sosial.

14-Peguam itu enggan mendedahkan segala info lanjut  susulan maklumat berkenaan masih dalam siasatan dan sulit.

15-Beliau tidak dapat mengingati jumlah kecederaan namun mendedahkan memang ada cedera yang melibatkan patah.

Jenazah Allahyarham tiba di Papar dari Kota Kinabalu pada jam 12.42 tengah malam dengan diiringi pasukan polis dan selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama di sini pada jam 1.15 pagi.

Sebelum itu, jenazah yang dibawa menaiki trak polis kira-kira jam 9.30 malam dari HQEI diiringi laungan kalimah tauhid ‘Lailahaillallah’ daripada  orang ramai yang setia menunggu di pekarangan Jabatan Forensik.

Sumber: Sinar Harian 1, 2, 3

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang