Nur Farah Kartini dibawa ke kebun ubi sebelum ditamatkan riwayat! Kad sim & kereta suspek sedang dianalisis
PENYIASATAN kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah terus berjalan. Biarpun jenazah selamat disemadikan Khamis lalu, usaha mendapatkan pembelaan kematian tragisnya terus dijalankan demi sebuah keadilan.
Dalam perkembangan terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan mangsa yang berusia 25 tahun itu dipercayai dibawa ke beberapa lokasi sebelum ditamatkan riwayatnya.
Ia termasuk sebuah kebun ubi lokasi pekerjaan sambilan suspek di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak iaitu kira 30 hingga 40 kilometer dari lokasi mangsa ditemukan meninggal dunia.
Berikut fakta yang didedahkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim:
1-Pihak polis merakamkan telah percakapan seorang pekerja kebun ubi berkenaan pada Sabtu, yang mengesahkan kehadiran suspek dan mangsa di lokasi itu pada hari kejadian.
2-Polis juga sedang berusaha mendapatkan keterangan saksi-saksi dan bahan bukti di lokasi itu.
3-Selain itu, mereka juga sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Tanjung Malam yang dipercayai menjadi lokasi 'persinggahan' sebelum mangsa dibawa ke ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor. Difahamkan ada rakaman CCTV yang jelas dan ada juga yang kurang memuaskan.
4-Sementara itu,Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus menjelaskan kad sim dipercayai digunakan suspek juga sedang dianalisis.
6-Selain itu, polis turut menjalankan proses analisis ke atas kereta jenis Toyota Vios milik suspek selepas pulang dari sebuah kebun ubi.
7-Dalam pada itu, operasi pencarian bahan bukti tambahan di Sungai Trolak, Kampung Batu 4 masih ditangguhkan susulan paras air yang belum kembali ke paras normal.
8-Khamis lalu, beg tangan milik Allahyarham Nur Farah Kartini ditemukan di sungai tersebut pada pukul 4.40 petang, Khamis. Beg tangan tersebut ditemui namun kandungannya kosong dipercayai telah dihanyutkan arus atau dibuang satu persatu.
9-Polis sedang berusaha mengesan beberapa lagi bahan bukti lain seperti kad bank, alat solek dan pengecas telefon miliknya.
10-Terdahulu, bahan bukti terpenting iaitu telefon pintar milik graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) Dengan Kepujian itu ditemui berhampiran lokasi mayatnya di Kampung Sri Kledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor.
Imbas kembali, 15 Julai lalu negara digemparkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini kira-kira jam 6 petang selepas enam hari dilaporkan hilang.
Gadis berusia 25 tahun yang berasal dari Miri, Sarawak itu gagal dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan berhampiran Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak.
Susulan itu, seorang anggota polis berusia 26 tahun telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sama-sama kita doakan penyiasatan kes ini berjalan dengan lancar.
Sumber: Sinar Harian 1, 2, Berita Harian
Kredit foto utama: Tangkap layar Buletin TV3
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang