Task Force JSJ Bukit Aman satu daripada 4 tuntutan keluarga Zara Qairina kepada AGC. 'Moga kematian dirungkai, buktikan unsur jenayah'

No Image Caption
A
A
A

PASUKAN peguam mewakili Noraidah Lamat, 45, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mendedahkan, empat tuntutan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menerusi kenyataan media, peguam keluarga Allahyarham, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi  menyatakan pengambilalihan siasatan antara tuntutan demi keadilan buat anak guamnya.

"Pengambilalihan siasatan kematian Allahyarham Zara Qairina binti Mahathir (Zara) oleh Pasukan Task Force dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Anman semalam adalah selaras dengan salah satu daripada empat perkara yang kami mohon daripada Jabatan Peguam Negara dalam surat kami bertarikh 5 Ogos 2025 kepadanya iaitu : 

i. Kertas siasatan dikembalikan kepada Polis Diraja Malaysia dan siasatan dibuka semula,

ii. Proses siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman. 

iii. Kubur Zara digali semula agar satu bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian, dan 

No Image Caption

iv. Satu inkues diadakan untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah dalam kematian Zara. 

Artikel Berkaitan:

"Perkembangan positif ini diharap dapat merungkai isu kematian Zara dan seterusnya membuktikan bahawa wujud unsur jenayah yang telah menyebabkan kematian tersebut," kongsinya.

Dalam masa yang sama, Ustazah Marhamah Rosli mewakili keluarga Allahyarham menyatakan kesyukuran atas perkembangan itu.

No Image Caption

"Terima kasih kepada pihak berwajib atas pengambil alihan siasatan kematian Allahyarhamah Zara Qairina oleh Pasukan Task Force JSJ Bukit Aman.

"Langkah ini selaras dengan salah satu permohonan keluarga agar siasatan dibuka semula dan dijalankan oleh pegawai berpengalaman dari Bukit Aman.

"Semoga perkembangan ini menjadi jalan untuk merungkai kebenaran dan menegakkan keadilan," kongsinya.

Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.

Kematiannya itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.

Sumber: Facebook

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang