Rakaman CCTV dedah situasi sebenar kanak-kanak 11 jam terperangkap lif. Letak selipar jadi punca?
BARU-baru ini kisah kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun viral di laman sosial selepas ditemukan terperangkap di dalam lif sebuah pangsapuri di Sri Petaling.
Susulan insiden itu, sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai memaparkan kanak-kanak berkenaan tular.
Paparan video yang dimuat naik pengguna TikTok Mud CentRoy, tersebut mendedahkan laporan kerosakan lif berkenaan.
Beliau turut mendakwa lif berkenaan dalam keadaan baik dan gagal berfungsi selepas perilaku vandalisme sekali gus menjadi punca ia terhenti.
"Isu: Budak terperangkap dalam lif. Laporan kerosakan daripada pihak lif (Fujitec). Lif di blok 59 berjalan dengan baik dan tiada kerosakan.
"Tetapi disebabkan vandalism akibat kanak-kanak tersebut meletakkan objek selipar di tengah-tengah pintu lif menyebabkan sistem auto lock diaktifkan dan lif terhenti," ujarnya yang turut berkongsi foto kanak-kanak berkenaan.
Beralih ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi, antaranya kritikan kepada pihak pengurusan dan keselamatan yang kurang peka.
Tidak kurang juga yang mahu insiden tersebut dapat menjadi pengajaran.
SinarPlus terdahulu berkongsi berita kehilangan dua kanak-kanak lelaki akhirnya terjawab selepas mereka ditemui dalam keadaan selamat di dalam lif yang didakwa terbuka sendiri kira-kira jam 1 pagi, pada Selasa.
Ibu saudara kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Ina berkata, anak saudaranya keluar dari rumahnya untuk membeli pau dan terdahulu berjumpa rakannya yang berada di apartmen berhampiran.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang