'Ramai ingat saya nak pergunakan Dr Zahida' – Suami lebih muda 18 tahun dedah kisah cinta

No Image Caption
A
A
A

CINTA tak mengenal usia, itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan pasangan Mohd Mohd Shahril Tuah, 38 dan isteri, Dr Zahida Mohamad Zahudi, 56, ini.

Biarpun berbeza usia 18 tahun, memang sudah tertulis jodoh antara mereka hingga keduanya diijabkabulkan pada tahun 2014.

Cinta unik Mohd Shahril yang mesra disapa dengan panggilan Aril itu bermula dia ketika itu membawa ibunya bagi mendapatkan rawatan di klinik Dr Zahida di Kajang. 

No Image Caption

“Waktu itulah saya pertama kali nampak Dr Zahida. Dia seorang yang tenang dan caranya bercakap dan menerangkan sesuatu pun sangat tersusun. Rasa selesa dengan penerangan dia. 

"Selepas itu, Dr Zahida beri penerangan kepada ibu saya. Selain bawa keluarga ke sini,  saya sendiri juga mendapatkan rawatan di klinik itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Bekas wardar penjara dan pramugara itu menjelaskan, mereka mula berkawan selama tiga tahun dan menjadi lebih rapat selepas pemergian suami Dr Zahida. 

Dia sendiri ketika itu baharu sahaja melalui fasa putus tunang. 

Artikel Berkaitan:

Kata Aril, pada peringkat awal hubungan mereka, ada yang memandang serong kerana jurang usia serta kedudukan isterinya yang berharta.

No Image Caption

"Ramai ingat saya hendak pergunakan Dr Zahida dan begitu juga sebaliknya ketika kami berkawan. Namun perkara itu tidak mematahkan semangat kami. 

"Kadang-kala, rasa agak kecewa sebab orang yang kita kenal kata sebegitu, lalu kami ambil keputusan elakkan orang yang beri ‘negative vibe’ supaya tidak merosakkan hubungan," ujarnya lagi. 

Artikel berkaitan:

Kata usahawan hijab itu, selepas mendirikan rumah tangga, pandangan negatif terhadap hubungan mereka kian reda. 

Kini, pasangan tersebut menikmati kehidupan suami isteri yang harmoni, saling berdiri teguh dan menyokong antara satu sama lain dalam setiap keputusan yang diambil bersama.

Lebih istimewa lagi, ramai yang menyangka mereka masih pengantin baharu.

No Image Caption

"Apabila video kami tular, kebanyakan orang ingat saya dan isteri baharu mendirikan rumah tangga, sedangkan usia perkahwinan sudah mencecah 11 tahun. Cuma baru dikenali di Tik Tok," menurutnya. 

Sementara itu, Dr Zahida memaklumkan, mereka berdua turut bersyukur kerana menerima sokongan penuh daripada kedua-dua belah keluarga. 

Malah kongsinya, perbezaan minat dan usia tidak menjadi halangan kerana mereka sentiasa melibatkan pasangan dalam aktiviti masing-masing termasuklah aktiviti menunggang motosikal. 

Jelas Dr Zahida, kunci kebahagiaan rumah tangga adalah bertolak ansur, berbincang dari hati ke hati dan tidak membiarkan ego merosakkan perhubungan walaupun memiliki jarak usia jauh.

Dalam pada itu, kata Aril, dia tidak menyangka perkongsian video tentang perbezaan umur mereka tular di TikTok hingga meraih lebih 4.6 juta tontonan dan 90,100 tanda suka. 

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang