Salute abang penguatkuasa buat free market baju raya. #kongsirezeki jentik hati netizen. ‘Kecil bagi kita tapi besar buat mereka’

A
A
A

NAK dekat raya ni, mesti ramai sudah bersiap untuk lengkapkan keperluan diri. Tak kisahlah baju raya, biskut, dekorasi rumah dan sebagainya, comfirm semua sudah kasi setel!

Boleh dikatakan ramai yang sanggup berbelanja besar untuk memastikan Syawal tahun ini diraikan penuh kegembiraan.

Namun, tak semua orang boleh shopping sakan, kan? Memikirkan kos sara hidup semakin meningkat dengan bebanan yang perlu ditanggung, lagi-lagi buat mereka yang ada anak ramai.

Bagaimanapun, SinarPlus salute dan tabik spring buat seorang lelaki berjiwa murni yang menganjurkan free market baju raya percuma di bazar Ramadan sekitar Johor.

Beberapa video pendek dikongsikan pemilik akaun Tiktok @mufarizam di beberapa lokasi seperti Bazar Ramadan Bandar Labis dan Bazar Ramadan Yayasan Johor.

Video pendek dengan tajuk Free Market Baju Melayu Terpakai 2025 dengan kapsyen ‘kecil bagi kita tapi besar buat mereka’ #kongsirezeki itu benar-benar menyentuh hati ramai.

Artikel Berkaitan:

Mana tidaknya, ramai yang berkunjung ke bazar tersebut tidak melepaskan peluang untuk membelek baju Melayu terpakai yang digantung cantik di atas rak untuk dicuba.

Selain baju Melayu, terdapat juga jubah dengan pilihan pelbagai warna diberikan percuma sekali gus menceriakan jiwa-jiwa yang memerlukan.

Jika diteliti konten yang dikongsikan pemilik nama sebenar, Muhamad Mufarizam Yahir itu, beliau sudah memulakan projek free market sejak 7 Mac lalu.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut terharu dengan usaha murni, malah ada yang nak turut serta menyumbang baju.

“Kat mana ni...boleh bagi baju Melayu..banyak baju Melayu kat umah sis...elok-elok lagi.” - Noreen Natasyha

“Doakan untuk saya cuba buat dalam minggu depan...baju Melayu dewasa, baju Melayu remaja, baju Melayu kanak-kanak, blouse, baju kurung, baju baby, jubah, seluar jeans, cuma tak tahu tempat kat mana. Kondisi masih elok.” - Iam86

“Alhamdulilah cantik-cantik lagi. Tak payah susah nak beli lagi.” - Mimi Mariam

“Bagus macam ni. Perluaskan semua negeri. Daripada membazir dapat ringankan beban orang lain.. Syabas.” - Naz7175

“Masya-ALLAH...teringin nak buat tapi takut orang tak nak.” - Anis

Bagaimanapun, Muhamad Mufarizam yang juga seorang penguatkuasa itu membalas dengan jawapan:

“InshaAllah ada yang nak tu, buat dulu baru kita tahu, Insha- ALLAH petang ni sy ke bazar Ramadan Taman Yayasan segamat.”

Tak kurang juga ada yang mencari baju untuk disumbangkan untuk anak-anak memerlukan.

“Ada tak yang nak sedekah baju perempuan dan lelaki saiz S? Anaknya perempuan saiz 12 tahun. Area Seremban.” - Eryn Eryn

Tak sangka, ramai yang berminat untuk menyumbang baju prelove untuk mereka yang memerlukan.

Moga usaha murni yang dilaksanakan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Betullah, mungkin bagi kita nampak kecil tapi sebenarnya memberi nikmat besar buat mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang