Sebak! Bersara selepas 40 tahun perkhidmatan, pramugari diraikan anak dalam penerbangan terakhir

No Image Caption
A
A
A

TERSENTUH hati penulis menyaksikan video tular pramugari Malaysia Airlines, Zuhaimi Hashim, menamatkan kerjayanya selama 40 tahun dalam satu penerbangan bersama anak perempuannya.

Dalam penerbangan terakhirnya dari Sydney ke Kuala Lumpur, Zuhaimi yang bertugas sebagai Leading Stewardess (LSS) atau ketua pramugari membuat ‘walk of honour’ buat kali terakhir, ditemani anaknya, Delilah Zainal yang turut bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan yang sama.

No Image Caption

Dalam gambar kenangan yang dikongsikan, Zuhaimi kelihatan bersama Delilah dan rakan-rakan sekerja lain dalam penerbangan yang pastinya akan kekal dalam ingatannya.

Dua hari lalu, Delilah memuat naik video di TikTok yang merakam momen istimewa itu iaitu penerbangan terakhir bersama ibunya dalam pesawat syarikat penerbangan kebanggaan negara.

Dalam video tersebut, Delilah dilihat memakaikan mahkota kecil bertulis 'Retired' pada kepala ibunya, diikuti selempang yang tertulis "Officially Retired", sebagai tanda penghargaan buat insan tersayang.

No Image Caption

Ketika melangkah di lorong pesawat buat kali terakhir, Zuhaimi dilihat tidak dapat menahan sebak. 

Artikel Berkaitan:

Air mata mengalir perlahan sambil beliau mengesatnya, diiringi tepukan gemuruh daripada para penumpang. Ramai turut merakam detik penuh makna itu dengan telefon masing-masing.

“Tahniah atas persaraan ini ibu. Selepas sekian lama bertungkus-lumus, penuh dedikasi dan berkorban demi kerja, akhirnya ibu punya masa untuk berehat, menikmati hidup dan memberi tumpuan pada diri sendiri.

No Image Caption

“Saya sangat bangga dengan semua pencapaian ibu.  Bukan sahaja dalam kerjaya, tapi juga dalam membesarkan keluarga dengan penuh kasih sayang. 

"Semoga fasa baru ini dipenuhi kesihatan yang baik, kegembiraan tanpa batas dan pengembaraan yang selama ini ibu impikan," kongsinya.

Malam tadi, Delilah memuat naik satu lagi video yang memaparkan ahli keluarga menanti ketibaan Zuhaimi di Terminal 1 KLIA, Sepang, sempena penerbangan terakhirnya dari Phuket ke Kuala Lumpur.

No Image Caption

Video tersebut menunjukkan Zuhaimi sekali lagi sebak apabila disambut oleh anak dan cucu-cucunya. 

Ibu itu menerima sebuah lagi tiara comel, sejambak bunga dan selempang yang tertera 'Selamat Bersara! LSS Zuhaimi Hashim.'

Warga maya termasuk para petugas di awan biru turut tersentuh dengan perkongsian itu mengucapkan selamat bersara buat Zuhaimi. 

Tidak kurang yang memuji kecantikan Zuhaimi dan ciri awet muda wanita itu biarpun sudah meniti usia 60-an. Ujar mereka:

"Aku ingat umur dia 40, rupanya sudah nak retire after long service for 40 years! Wow," tulis Kaytinnie.

"40 tahun of service and now boleh bergembira bersama anak cucu. Happy retirement Kak Zu," titip Sis Ojet.

"Alhamdulillah bersara dalam kesihatan yang baik. Maintain," kongsi zaharidazahari.

"60 pun nampak sihat fit lagi." kongsi ApplemintGummy.

"Salah seorang ketua pramugari terbaik yang pernah saya terbang bersama. Alhamdulillah, berpeluang terbang bersama untuk trip ke Auckland beberapa bulan lepasSemoga yang terbaik buat Kak Zu!" coret Megat Farezi.

"Happy retirement Kak Zue. Still maintain cantik," tulis Norzila Abdullah.

"Granny doesn't age at all!," kongsi Farah Elina.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang