Tentera rampas tudung, rakan beri T-shirt tutup kepala, aktivis wanita dedah layanan zalim. Terpaksa minum air bersih di tandas
PENDEDAHAN aktivis Global Sumud Flotilla Turkiye, Semanur Sonmez Yaman menyentuh hati, terutama apabila beliau berkongsi pengalaman menyayat hati mengenai bagaimana aktivis-sktivis wanita yang ditahan terpaksa menutup kepala menggunakan kemeja-T selepas tudung mereka dirampas oleh tentera Isr4el.
Menerusi video tular, jelas tindakan itu berkenaan mencabul hak wanita Muslim, malah mencerminkan kezaliman yang dialami oleh para aktivis kemanusiaan yang menyertai misi bantuan ke G4z4.
"Baju yang anda lihat ini sebenarnya adalah kemeja-T yang diberi oleh mereka.
"Mereka ambil tudung kami. Rakan-rakan kami yang tidak bertudung beri baju mereka dan kami jadikan sebagai tudung," katanya sambil menunjukkan baju tersebut kepada lensa kamera.

Terdahulu, aktivis Iylia Balqis berkata, layanan yang diberikan memalukan bagi tahanan wanita Muslim. Malah hak asasi seperti air bersih juga dinafikan.
"Sangat menjengkelkan bagaimana mereka melayan kita di penjara. Mereka mempunyai banyak protokol. Protokol yang dipanggil, hanya untuk membuat kita rasa sangat jijik dengan diri kita.
"Kemudian, kami perlu mengubah pakaian kami. Mereka kemudian memasukkan kami ke dalam penjara. Mereka tidak melayan kita sebagai hijabi.
"Sesetengah wanita muslim kami telah dinafikan hijab mereka.
"Kemudian, ketika kami berada di sel, mereka tidak memberi kami air bersih dan ubat. Ketika kami bertanya kepada mereka, seorang wanita yang memerlukan ubat. Mereka menolaknya.
"Mereka berkata, jika dia belum mati, maka tidak mengapa. Kami perlu minum air bersih di tandas," ujar Iylia.

Sementara itu, memetik Aljazeera, Heliza Helmi turut berkata para sukarelawan dilayan tanpa belas kasihan.
“Keadaannya sangat menyedihkan. Layanan mereka terhadap kami seolah-olah kami bukan manusia,” katanya.
Heliza turut menambah bahawa tahanan tidak diberikan makanan, air bersih mahupun ubat-ubatan.
Sumber; Aljazeera, X, Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
