Suami tergamak tinggalkan isteri derita kanser rahim tahap empat, tiga bulan anak tidak bersekolah

No Image Caption
A
A
A

SEBELUM ini pernah viral kisah seorang isteri setia menjaga suami terlantar akibat kemalangan, tapi akhirnya diceraikan selepas suaminya kembali pulih. Siap kahwin baharu selepas seminggu disahkan bercerai.

Sekali lagi kisah sedih terjadi apabila seorang suami sanggup meninggalkan isteri yang sedang menderita kanser rahim tahap empat. Lebih menyayat hati apabila lelaki itu turut membiarkan ketiga-tiga anaknya pada isteri yang sakit untuk menjaga mereka.

Wanita yang dikenali sebagai Norazah itu bukan saja diuji dengan penyakit kanser, tapi pergerakannya juga terbatas. Bayangkan, kalau nak ke tandas pun, terpaksa merangkak sebab tak mampu berdiri tegak.

Puan Norazah yang ditinggalkan suami bersama anak-anak yang masih kecil.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi Facebook 3rd Force Pasir Mas.

Dalam hantaran tersebut turut berkongsi, Norazah kini tinggal bersama adik lelakinya, Aziz, di Kg Aur Cina, Pasir Mas, Kelantan.

Adik mana yang sanggup biarkan kakaknya tanggung derita seorang diri, lebih-lebih lagi bila memikirkan nasib anak saudaranya yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu dan ayah.

"Kerana tidak sanggup melihat kakak menderita sendirian tanpa jagaan, adiknya Aziz telah mengambil keputusan untuk membawa pulang Puan Norazah dan anak-anak pulang ke kampung di Pasir Mas.

Artikel Berkaitan:

Aziz mungkin tidak berduit kerana bekerja kampung, tapi hatinya besar untuk menjaga kakaknya dan anak saudaranya sebaik mungkin, walau dengan apa yang ada.

"Walaupun adiknya Aziz ini hanya bekerja kampung tapi dia cuba menjaga kakaknya sebaik mungkin,'katanya.

No Image Caption

Ibu kepada tiga orang anak ini dahulunya rajin mencari rezeki dengan menjual kuih untuk membantu suami di Johor. Bagaimanapun, kudrat yang ada sekarang tidak mengizinkan wanita tabah itu bekerja seperti dulu kerana badannya yang semakin lemah.

Hati penulis menjadi lebih sayu apabila ketiga-tiga anaknya tidak dapat meneruskan persekolahan sejak tiga bulan lalu kerana masalah kewangan selain tidak mampu menguruskan dokumen pemindahan sekolah.

Bagaimanapun, bila ditanya pada anak-anak kecil ini, mereka masih ada keinginan untuk bersekolah dan belajar seperti kawan-kawan yang lain.

Untuk rekod, Norazah kini memerlukan sumbangan sebuah katil hospital bagi memudahkan pergerakannya selain bantuan susu dan lampin pakai buang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang