Tular Arman dicemuh pakai kasut pemberian ibu tak original, stesen radio hadiahkan kasut baru satu keluarga

No Image Caption
A
A
A

BARU-baru ini tular di media sosial seorang budak yang dikenali sebagai adik Arman yag menghargai kasut pemberian ibunya. Namun gara-gara tidak memakai kasut sukan asli jenama terkenal, kanak-kanak berusia dikecam segelintir warganet.

Difahamkan, kasut sukan tersebut adalah pemberian hadiah daripada ibu adik Arman yang dikatakan tidak mampu untuk membelikan kasut jenama asli yang mahal buat anaknya.

Dalam temu ramah bersama stesen radio Era, Arman meluahkan rasa sedih kerana kasut berkenaan adalah pemberian daripada ibunya.

"Saya rasa sebak nak nangis sebab hadiah daripada emak. Walaupun 'copy ori' harganya bukan murah," katanya.

No Image Caption

Malah, kata si ibu Arman juga sebak dan kemurungan selepas membaca komen daripada netizen yang melemparkan kata-kata kurang enak didengar berkaitan kasut berkenaan.

Jelas si ibu, Puspa, kasut berkenaan telah dibeli pada harga kurang RM80 termasuk kos pengeposan.

Malah, ibu berkenaan sebak dan menitiskan air mata menceritakan usahanya merealisasikan impian Arman.

Artikel Berkaitan:

"Dia (Arman) mahu kasut yang seakan-akan Nike Alphafly jadi saya cuba cari danseperti itu di laman e-dagang sampai jumpa," jelas si ibu.

No Image Caption

Tiada lagi air mata. Di sebalik cercaaan keluarga kecil itu menerima hadiah kasut. Lebih menggembirakan, team ERA berkongsi rezeki dengan keluarga Arman termasuk membelikan sepasang kasut untuk abang dan adiknya.

"Tak mengapa adik, hari ini geng #3PAGIERA nak belikan kasut baru and original biar tutup mulut netizen yang jahat tu.

"Adik Arman pilih sahaja apa yang adik dimahukan.

"Tadi Pak Azad dah belanja Arman dengan adik bongsunya kasut. Kini giliran Boss Oney pula bermurah hati nak belanja kasut untuk abang sulung Arman," kongsinya.

No Image Caption

Warga maya tidak henti-henti memuji ketulusan kanak-kanak itu. Rata-rata mendoakan kehidupan Arman sekeluarga dipermudahkan.

"Biarpun harga tak cecah RM80 besar maknanya buat anak kecil ini. Harap netizen jangan terlalu celupar."

"Adik, please don't lose ur motivation. Kasut terbaik bukan kasut yang ori, tapi kasut pemberian mak yang kita hargai. Jangan bersedih dengan kata-kata Sebaliknya, fokus hargai jasa mak awak!

"Murah atau mahal bukan ukuran kalau ia hadiah daripada ibu. Ia lebih berharga dari apa yang ada di dunia ini."

Sumber: manzroketsecacc, Era.je

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang