Warden dakwa ibu beritahu Zara Qairina catat nama pelajar tidak solat dalam diari ungu

No Image Caption
A
A
A

KETUA Warden  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, 31, memberitahu mahkamah ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat memaklumkan bahawa anaknya ada mencatat nama pelajar yang tidak solat dalam sebuah diari berwarna ungu.

Azhari berkata demikian ketika disoal peguam Joan Goh, yang mewakili seorang tertuduh kanak-kanak dalam kes buli Zara Qairina Mahathir.

Saksi kelapan itu dalam keterangan terakhirnya hari ini memberitahu mahkamah maklumat itu disampaikan oleh Noraidah pada malam 16 Julai lepas ketika mereka bertemu di wad tingkat 10, Hospital Queen Elizabeth.

Menjawab soalan sama ada Noraidah pernah menyoal beliau jika Zara Qairina ada memberitahunya mengenai sebarang isu di sekolah, saksi menjawab:

No Image Caption

"Tidak ada... cuma pada malam 16 Julai, ketika melawat mangsa di wad tingkat 10, ibu Zara Qairina ada memberitahu anaknya rajin... dia mencatat nama-nama pelajar yang tidak solat, nama pelajar yang sudah mandi wajib... nama-nama yang belum mandi wajib dalam diari ungu itu," katanya.

Terdahulu, Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lepas selepas dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas dijumpai tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya pada kira-kira 4 pagi.

13 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

Artikel Berkaitan:

Sumber: BERNAMA

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang