'Itu bukan tugas saya' - Ketua warden dedah pelajar tukar sekolah selepas insiden Zara Qairina

No Image Caption
A
A
A

PROSIDING hari kesembilan inkues kematian Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menerima maklumat bahawa seorang daripada lima pelajar yang didakwa berhubung kes buli arwah telah berpindah sekolah beberapa minggu selepas insiden malang menimpa remaja itu pada 16 Julai lepas.

Memetik Bernama dan Awani, Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, iaitu Azhari Abd Sagap, 31, berkata demikian di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Berikut info penting prosiding inkues pada Khamis:

1- Pelajar berkenaan tidak lagi bersekolah di situ manakala empat lagi kekal di sekolah sama.

2-Ketika disoal peguam yang mewakili ibu Zara Qairin, Shahlan Jufri, Azhari berkata, dia tidak mengetahui alasan pelajar itu berpindah atau bagaimana kelulusan diberikan kerana perkara tersebut bukan bidang tugasnya.

3-Lelaki itu juga yang memberitahu pelajar tersebut berpindah beberapa minggu selepas kematian Allayarham.

No Image Caption

Shahlan: Saya difahamkan pelajar A sudah berpindah sekolah?

Artikel Berkaitan:

Azhari: Ya

Shahlan: Jadi yang masih sekolah di sana buat masa ini hanya pelajar B,C,D dan E?

Azhari: Ya

Shahlan: Saya difahamkan selepas kes Zara, Kementerian Pendidikan Malaysia membekukan pemindahan pelajar lain? Bagaimana pelajar A ini boleh pindah sekolah?

Azhari: Tidak pasti, itu bukan tugas saya.

4-Katanya, pelajar lain yang turut dituduh masih bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha dan telah dipanggil untuk sesi kaunseling serta diambil keterangan.

5-Terdahulu, media sebelum ini melaporkan, lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini pada 20 Ogos atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina.

6-Mereka didakwa dalam mencapai niat bersama, telah menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina, 13, yang mana perkataan tersebut didengari oleh mangsa yang mungkin menyebabkan pelajar itu terganggu dengan perkataan tersebut.

No Image Caption

7-Kelima-lima pelajar didakwa melakukan perbuatan itu di blok Asrama Rabiatul Adawiyah Dorm A-3-6, SMKA Tun Datu Mustapha Limauan W.D.T 15, Papar, dekat sini antara jam 10 malam dan 11 malam, pada 15 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Imbas kembali, Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 17 Julai.

Pelajar Tingkatan Satu itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolah pada 16 Julai.

Pada 13 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina.

Sumber: Bernama, Awani

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang