UNTUK berbuka puasa tidak kira sama ada di hotel atau di restoran-restoran tertentu, duit dalam poket mesti wajib ada ratusan ringgit.

Namun, di Westplate Factory yang terletak di Shah Alam, Selangor mengambil pendekatan berbeza. Bagi memberi peluang kepada golongan pertengahan menikmati makanan iftar yang lazat, premis itu menawarkan harga yang mampu dibayar.

Hanya RM59.90 untuk dewasa dan kanak-kanak RM29.90, pelbagai menu sajian Barat dan Melayu disediakan di setiap sudut meja di sana.

westplate factory

Ketua Pegawai Eksekutif AMK Group Sdn Bhb, Mohd Assraf Maidin Koty berkata, selera berbuka boleh dimulakan dengan memilih hampir 30 jenis makanan seperti chicken chop, lamb chop, beef steak, spageti carbonara, spageti aglio olio, kentang goreng dan sup cendawan.

“Jangan lupa rasa sos cendawan dan lada hitam istimewa daripada air tangan cef kami,“ katanya ketika ditemui SinarPlus pada majlis memperkenalkan menu berbuka puasa di premis tersebut sebelum Ramadan baru-baru ini.

Baca juga Konsep mangkuk tingkat jadi tarikan unik Bufet Ramadan Aneka Selera Desa Restoran Riverside WTCKL, pengunjung boleh bawa pulang juadah bersahur

westplate factorywestplate factory

Mengenai sajian Melayu pula, Mohd Assraf berkata, pihaknya menyediakan masakan popular kampung seperti ayam masak lemak cili padi, ayam masak merah, ayam rendang, ayam kari, ayam goreng berempah, daging dendeng dan banyak lagi.

Kepada mereka yang menggemari kuih tradisi Melayu dan aneka bubur, Western Factory turut memenuhi kehendak itu.

Baca juga Sajian istimewa Tujuh Kawah Wak Lan dan pencuci mulut raja buah memang berbaloi untuk santapan berbuka puasa

Iklan

westplate factory

“Antara barisan kuih yang kami sediakan adalah seperti kuih lompang, kuih lapis, talam jagung dan talam gula Melaka.

“Selain itu, pilihan bubur seperti bubur kacang hijau dan kacang hitam pun ada. Untuk si cilik, kami juga sediakan kek coklat dan kek butter mable yang lazat. Pendek kata, bufet ramadan di sini memenuhi selera ramai,“ katanya.

Iklan

Baca juga Kambing panggang dengan sensasi rempah terpilih, kulinari enak Warisan Bonda Mardhiyyah Hotel & Suites jadi tumpuan bulan Ramadan

westplate factory

Bufet Ramadan Westplate Factory

  • Alamat: 100, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, Shah Alam, Selangor
  • Waktu: 6.30 petang hingga 9.30 malam
  • Tarikh: 5 April hingga 30 April 2022
  • Menu signatur: Spageti aglio olio dan beef steak
  • Harga: RM59.90 (dewasa) dan RM29.90 (kanak-kanak 5-10 tahun)

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI