SEDAPNYA kalau dapat makan kek kukus yang lembut lebih-lebih lagi perisa coklat oreo. Kalau nak beli mesti mahal.

Ini resipi kek kukus oreo. Sangat mudah dengan budget RM10 sahaja.

Antara bahan yang anda perlukan:

2 paket oreo (RM6.60)
1 kotak susu kecil perisa coklat 200ml (RM2.83)
mentega
pengukus

Cara-cara:
1. Kisarkan dua paket oreo bersama satu kotak susu coklat.
2. Asingkan sedikit biskut oreo (jangan ambil krimnya) ini untuk buat toping.
3. Panaskan pengukus.
4. Sapukan mentega pada bekas yangi ingin diletak hasil kisaran oreo dan susu tadi.
5. Kukuskan ia selama 20 minit.
6. Apabila siap, biarkan dahulu selama 20 minit kemudian taburkan kisaran biskut oreo tadi sebagai toping.

Iklan

Inilah resipi kek kukus oreo. Mudah sahaja. Kalau anda teringin nak makan kek, boleh cuba ya!

Iklan

Penulis: Suhaila Ali
Foto: Unsplash