KEUNIKAN mi tarik yang dibuat secara langsung depan pengunjung memang membangkitkan keterujaan buat mereka yang juga pencinta sajian Cina Muslim.

Berbeza dengan tekstur mi hiris yang lebih lebar dan tebal, mi tarik pula berbentuk jaringan lebih halus dan kenyal.

Sejak lima tahun kebelakangan ini, kulinari terkenal dari China tersebut semakin popular.

Keenakan lebih terasa dan kena dengan selera orang Malaysia khususnya si kecil yang suka sajian berkuah atau bergoreng menjadikan setiap rumah makan sentiasa penuh.

Bukan sahaja di Lembah Klang, SinarPlus mendapati sudah banyak restoran atau kedai makan yang menawarkan sajian mi tarik.

Sebahagian daripadanya menggunakan khidmat cef Cina Muslim dari negara China.

Apa kata pada cuti sekolah ini, bawa ahli keluarga tersayang food hunting untuk mencuba makanan tersebut di tempat yang disenaraikan di bawah:

mi tarik

1. Mee Tarik Warisan Asli

Alamat: Cawangan seluruh negara
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam (bergantung kepada kawasan)
Facebook: Mee Tarik Warisan Asli
Instagram: @MeeTarikMalaysia

mi tarik

2. Mee Hiris China Muslim

Alamat: Cawangan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan
Waktu operasi: 9 pagi hingga 10 malam (bergantung kepada kawasan)
Facebook: Mee Hiris China Muslim Official
Instagram: @meehirischinamuslimofficial

mi tarik

Baca juga Sesi ‘me time’ tanpa gangguan, 5 kafe istimewa ini memang sesuai jadi port wanita tenangkan fikiran

3. Mee Tarik Pasar Seni

Alamat: Pasar Seni Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam
Facebook: Restoran Mee Tarik – Chinatown

Iklan

mi tarik

4. Mee Tarik Pandan Indah

Alamat: Ground Floor, Mid Point Shopping Complex, Jalan Pandan Indah 1/25, Pandan Indah, Ampang, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam
Facebook: Restoran Muslim Mee Tarik Pandan Indah
Instagram: @muslimmeetarikpandanindah

Baca juga Menariknya, nikmati juadah seafood dalam restoran sampan, 3 lokasi menarik wajib dikunjungi

mi tarik

Iklan

Best juga kalau sekali-sekala ubah mood makan di restoran Cina Muslim kerana banyak pilihan menu sihat boleh dipilih.

Kalau suka dumpling atau dim sum, sajian sampingan tersebut boleh ditempah sebagai penambah selera. Harganya sedikit mahal, tetapi memang cukup puas hati.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan