DIALOG daripada filem komedi arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Seniman Bujang Lapok: “Masuk angin keluar asap”, sering dijadikan bahan lawak.

Ironinya, angin atau juga merupakan salah satu punca masalah kentut atau gas sering berlaku.

Memetik perkongsian hellosehat, secara sainstifik kentut dipanggil flatus yang merupakan satu kejadian biologi normal. Bagaimanapun perkara itu akan menjadi kerap kepada individu tertentu.

 

Baca juga: Kerap sendawa petanda masalah kesihatan ini ciri-ciri yang perlu kita ambil tahu

 

Secara purata seseorang akan ‘melepaskan angin’ sekitar 5 hingga 15 kali sehari. Kadangkala seseorang juga boleh kentut sekitar 40 kali dalam masa satu hari.

Dipercayai punca kentut diberlaku disebabkan terdapat gangguan atau masalah pencernaan. Terdapat juga pelbagai sebab lain yang mampu menyebabkan kentut sering berlaku.

SECARA purata seseorang akan kentut sekitar 5 hingga 15 kali sehari. 

Oleh itu, jom semak empat perkara yang boleh mengakibatkan tubuh mengeluarkan gas atau kentut boleh berlaku:

1. Menelan udara

Secara tanpa sedar, kita akan menelan sejumlah udara ketika makan dan minum.

Gas oksigen dan nitrogen yang terdapat dalam udara akan ditelan seterusnya diserap ke dalam usus kecil.

Apabila dianggap tidak diperlukan untuk tubuh, gas terkumpul akan dibuang.

Difahamkan individu yang cemas atau tertekan akan lebih banyak menelan udara dan mengalami kentut dengan kerap.

2. Bakteria

Secara sains, usus mengandungi pelbagai jenis bakteria yang berfungsi untuk pencernaan dan menyerap makanan.

Oleh itu, bakteria tersebut akan melakukan proses fermentasi ke atas beberapa makanan.

Hasil fermentasi (gas yang dikeluarkan akibat tindak balas) akan disalurkan ke paru-paru.

Sebahagian gas lain akan dibuang meneruskan saluran pencernaan atau usus besar yang berlakunya kentut.

Iklan

3. Serat tinggi

Pengambilan makanan yang mengandungi serat baik untuk tubuh badan dan pencernaan.

Bagaimanapun pengambilan serat yang tinggi akan meningkatkan penghasilan gas dalam badan.

Disebabkan bakteria dalam usus kecil perlu bekerja keras untuk memproses kandungan serat yang tinggi, maka penghasilan gas juga meningkat.

4. Sembelit

Masalah sukar untuk membuang air besar atau sembelit antara hal yang boleh dikaitkan dengan masalah ini.

Iklan

Berlakunya jangkitan atau tak toleransi laktosa sehingga menyebabkan gangguan penyerapan zat besi pada usus kecil.

Justeru berikut antara punca kentut boleh berlaku.

Punca kentut mengeluarkan bunyi disebabkan berlakunya tekanan pada bahagian otot usus sewaktu proses mengeluarkan angin.

Masalah kentut berbau juga dikaitkan dengan jenis pengambilan makanan seseorang seperti bawang putih, bawang merah atau makanan pedas.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram