UMUM mengetahui, masalah diabetes merupakan salah satu penyakit yang sering membelenggu rakyat Malaysia.

Perkara itu boleh dilihat menerusi statistik yang dikeluarkan oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019.

Hasil kajian mendapati, bilangan pesakit meningkat daripada 3.5 juta orang pada tahun 2015 kepada 3.9 juta penghidap pada tahun 2019.

Berdasarkan Manual Pendidikan Diabetes 2020 yang diterbitkan oleh Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES), dianggarkan 7 juta orang dewasa berkemungkinan menghidap kencing manis menjelang tahun 2025.

Kredit foto:PhotoMix Company

Tidak dinafikan, angka yang dipaparkan itu sememangnya membimbangkan dan secara tidak langsung menjauhi impian Malaysia untuk bergelar negara bebas diabetes.

Hal itu kerana, penduduk negara ini tidak tahu cara pemakanan yang terbaik untuk pesakit kencing manis dan sesetengahnya percaya dengan mitos.

Disebabkan kewujudan kepercayaan yang tidak sahih itu, sudah tentu ramai pesakit hanya menuruti segala amalan tersebut.

Ahli Majlis Diabetes Malaysia juga bekas Ahli Jawatankuasa MDES, Poh Kai Ling menyenaraikan beberapa mitos yang sering dikaitkan dengan pesakit kencing manis dan jawapan balas kepada pandangan tersebut. Antaranya seperti:

Kredit foto: Artem Podrez

Baca juga: Kes sakit jiwa di Malaysia semakin merisaukan. Kenali gejala skizofrenia yang jadi penyebab penderita bunuh diri

i) Melewatkan waktu makan bagi mengawal paras gula dalam darah.

JAWAPAN BALAS: – Orang ramai dinasihatkan untuk makan apabila terasa lapar dan bila badan memerlukan makanan.
– Mengabaikan tanda-tanda kelaparan hanya akan meningkatkan selera makan. Ia akan menyukarkan seseorang untuk mengawal pengambilan makanan dalam hidangan berikutnya.

Kredit foto: Polina Tankilevitch

ii) Pengambilan produk bebas gula atau digantikan dengan gula gantian.

JAWAPAN BALAS: – Membaca label makanan juga penting bagi memahami kandungan nutrisi dengan lebih baik kerana tidak semua produk bebas gula adalah bebas karbohidrat.

iii) Mengelakkan diri daripada pengambilan kentang, keledek, labu dan jagung.

JAWAPAN BALAS: – Kentang, keledek, labu dan jagung adalah sebahagian daripada kumpulan makanan karbohidrat.
– Tidak dapat dinafikan, pengambilan karbohidrat akan meningkatkan paras gula dalam darah.
-Namun, sayur-sayuran berkanji itu juga sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai vitamin, mineral, antioksidan dan serat yang baik untuk tubuh.

Kredit foto: Nataliya Vaitkevich

Ujar Kai Ling, pesakit diabetes tidak seharusnya mempunyai diet pemakanan yang begitu ketat, membosankan dan sukar untuk dinikmati.

Iklan

“Apa yang penting adalah makan dalam jumlah yang terkawal dan hanya mengambil sebahagian hidangan yang kaya dengan karbohidrat. Salah satu caranya adalah dengan mengambil tahu glycemic index (GI) makanan tersebut.

“GI merupakan nilai untuk mengukur kadar seberapa cepat karbohidrat dalam makanan mampu meningkatkan glukosa dalam darah. Secara ringkasnya makanan yang GI rendah (0-55) dianggap karbohidrat baik dan lebih daripada itu adalah tidak baik,” jelasnya.

Kredit foto: Polina Tankilevitch

Baru-baru ini, Kempen For Your Sweetheart telah bekerjasama dengan cef selebriti, Nik Michael Imran, dalam menyediakan resipi yang terdiri daripada hidangan fusion (gabungan dua atau lebih makanan daripada pelbagai negara) dan tempatan yang boleh disediakan kurang daripada 20 minit.

Kerjasama Cef Nik Michael dan Kai Ling telah membawa kepada penyediaan resipi e-book Simple Healthy Cooking dalam memastikan pesakit diabetes dapat menikmati hidangan yang lazat dengan variasi cita rasa berbeza.

Justeru, sekiranya anda atau ahli keluarga ada masalah kencing manis, usah terlalu patuh dengan nasihat perubatan yang bukan dalam kalangan pakar.

Iklan

Kredit foto utama: Pavel Danilyuk

Baca juga: Kepala kanak-kanak terhentak di lantai beri implikasi serius. Ini ibu bapa perlu tahu

Baca juga: Stres, penat, migrain ketika bekerja, itu petanda diri ‘burn out’. Ini 7 cara mengawalnya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi