BERIKUTAN penularan wabak COVID-19, Istana Budaya mengambil langkah keselamatan dengan menangguhkan teater muzikal Siti di Alam Fantasi yang dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 21 Mac ini.

Diikuti Konsert Khai Bahar, Dari Smule ke Pentas Dunia pada 27 dan 28 Mac depan turut ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Istana Budaya mengambil langkah tersebut selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menghalang penularan penyakit demi menjaga keselamatan dan kesihatan penggiat seni serta khalayak.

Iklan
Iklan

Informasi lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.istanabudaya.gov.my.

Kebimbangan terhadap wabak Covid-19 turut menyebabkan beberapa acara hiburan lain dibatalkan atau ditangguhkan sehingga ke satu tarikh lain yang akan diberitahu kelak.