Pesto Pasta enak berlemak sukatan cawan, jom buat sendiri di rumah

A
A
A

PESTO adalah sejenis sos yang dinikmati bersama pasta. Rasa kekacang bergabung dengan keju, memang padu! Apa kata buat sendiri, barulah puas hati.

Tidak hanya sebagai sos pasta, pesto juga dijadikan sos piza, pengganti jem, salutan salad dan cecahan snek.

Resipi yang dikongsikan Ariff Eddy ini sesuai dijadikan panduan. Selain itu, beliau membuat pengubahsuaian menggunakan kacang pistacio menggantikan kacang pain. Tetapi hasilnya tetap sama, tampak sungguh menyelerakan!

Menurut Ariff,, hidangan Pesto Pasta itu boleh digandingkan dengan apa sahaja sumber protein.

Baca juga: Aglio olio sempoi buat bekal anak sekolah, mudah disediakan dan jimat masa

Baca juga: Lapisan periuk non-stick boleh jadi punca lumpuh otak, paru-paru rosak? Ini penjelasan pakar

“Bolehlah nak masukkan apa-apa protein seperti ayam, udang, ataupun buat versi vegan menggunakan cendawan butang,” sarannya.

Baca juga: Ini resipi mudah buat homemade sos pasta

Baca juga: Resipi Cottage Pie mudah, enak berperisa, terasa ‘dagingnya’

Jom ikuti bahan yang digunakan dan cara pembuatan sos pasta enak ini;

BAHAN-BAHAN

2 cawan daun basil segar

1/3 cawan kacang pain (saya guna pistachio)

1/3 cawan keju parmesan parut segar

3 ulas bawang putih

1/3 cawan minyak zaitun

1 sudu teh jus lemon segar

1/2 sudu teh garam

Sedikit lada hitam

LANGKAH PENYEDIAAN

1-Kisar semua bahan tetapi jangan terlalu halus. Boleh simpan dalam peti ais. Letakkan sedikit minyak zaitun. Campuran ini dipanggil Pesto.

2-Kemudian tumis bawang putih dan ayam menggunakan minyak zaitun.

3-Masukkan garam secukupnya.

4-Masukkan spaghetti yang telah direbus dan kemudian masukkan pesto.

5-Gaulkan dan letak tomato jika suka. Jika sukakan pasta yang lebih ‘creamy’, tambahkan sedikit air rebusan spaghetti.

6-Semasa menghidangkan pasta, taburkan keju parmesan.

Siap dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Baca juga: Guna set kuali kayangan hampir RM10,000, termos berharga RM424,000! Pilihan artis ini buat ramai terngaga

Sumber: Ariff Eddy (www.YouTube.com/arifeddy)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca