BUAT kaki shopping, inilah masanya untuk kalian membeli-belah dengan lebih penjimatan sempena Shopee 25FEB PayDay Sale.

Menariknya, tawaran serendah RM15 untuk item berjenama 100 peratus autentik daripada stor rasmi.

Pasti tak menyesal shopping kerana harga yang ditawarkan memang berbaloi. Mana nak dapat barangan idaman serendah RM15, kan?

Untuk pengguna yang pertama kali mendaftar untuk aplikasi Shopee, jangan lepaskan peluang untuk tebus Welcome Voucher berupa potongan harga RM5 untuk kos penghantaran.

Tak kurang juga, diskaun RM18 untuk Welcome Package yang valid untuk 30 hari saja. Paling best, tiada minimum pembelian dan boleh COD terus ke rumah.

shopee payday sale

Carian SinarPlus mendapati, terdapat tiga produk top sales yang boleh kalian intai, harga pun memang murah!

Berikut info menarik yang wajib anda baca dan kemudian beli ✌️

1. Cat treat

Buat pencinta si bulus, memang banyak makanan atau snek kucing yang dijual pada harga lebih rendah.

shopee payday sale

High Vitamin Healthy Cat Treat, misalnya ditawarkan hanya 20 hingga 63 sen selepas diskaun 13 peratus.

Banyak pilihan ditawarkan seperti tuna dan ayam, tuna dan udang, salmon dan banyak lagi.

Boleh borong untuk stok sebulan anak bulus, kan?

Baca juga Tawaran gila-gila Shopee Global Shopping Day, harga serendah RM1.80 sempena tarikh 18 Februari

2. Langsir

Ramadan dah nak dekat ini, memang ramai yang mencari perhiasan rumah baharu termasuk langsir.

shopee payday sale

Kain yang ditawarkan memang tebal dan sesuai untuk ruang tamu. Memang bertambah seri bila raya nanti.

Percaya tak kalau harga ditawarkan bermula RM3.30 hingga RM7.50 siap jahit? Itupun sudah diskaun 89 peratus.

Baca juga 2.2 Jualan Jimat Giler Shopee memang berbaloi, rebut tawaran serendah RM1

Iklan

Banyak pilihan warna dijual untuk mereka yang sedang mencari langsir baru, paling penting kena ukur betul-betul supaya tak tersalah beli.

3. Kain lap

Memang dicari-cari para ibu untuk kelengkapan dapur. Buat alas bekal anak-anak pun sesuai.

Harga ditawarkan juga murah iaitu hanya 23 sen sahaja. Jenis kain senang menyerap tanpa perlu menyental.

shopee payday sale

Beli borong pun berbaloi sebab boleh pakai buang jer. Sekali lap, memang bersih!

Paling penting, warna memang lembut dan cantik.

Iklan

Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat chup dulu sebelum kehabisan stok.

shopee payday sale

Banyak lagi item ditawarkan sempena minggu gaji, memang rambang mata dibuatnya.

Sempena minggu gaji kali ini, bolehlah anda cuci mata dan beli barangan pada harga berpatutan. Lagi jimat, lagi bagus, kan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi