TENTUNYA bukan perkara buat penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) untuk menjalani kehidupan hariannya seperti biasa selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Namun pelantun lagu Cinta Sejati itu dilihat semakin ikhlas menerima kehilangan insan yang disayanginya itu dan mula membiasakan diri dengan kehidupan baharu yang harus dijalani dengan putera tunggalnya, Noah Sinclair.

Menerusi laman Insta Story miliknya hari ini, BCL mengakui Ramadan yang dilalui kali ini cukup berbeza, namun berharap agar dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya.

“Marhaban Yaa Ramadan. Selamat menunaikan puasa Ramadan 1441H untuk teman-teman semua.

“Meskipun Ramadan tahun ini akan berbeda, saya berharap kita semua dapat menjalankan iabdah dengan lancar.

“Semoga bulan ini membawa banyak berkah untuk kita semua. Mohon maaf lahir dan batin,” tulisnya.

Iklan

Terdahulu sebelum itu, dunia hiburan Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusua 10 tahun.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Bunga Citra Lestari)