HARI-HARI makan nasi jemu juga. Jadi hari ni Sinar Plus nak kongsikan resipi mihun. Buat penggemar mihun anda pasti sukakan resipi mihun goreng Singapura ini sebab mudah dan sedap.

Bahan-bahan:

Mihun

Bawang putih (ditumbuk kasar)

Ayam/daging/sotong

Lobak merah (dihiris halus)

Lada sulah

Garam

Air

Cara-cara:

1. Celurkan mihun dengan air panas sehingga lembut.

2. Tumis bawang putih.

3. Masukkan ayam/daging /sotong dan lobak merah. Biarkan masak seketika.

4. Setelah masak, masukkan air, lada sulah dan sedikit garam.

5. Kacau sebati.

6. Masukkan mihun yang sudah dicelur tadi.

Iklan

7. Kacau sebati sehingga air tadi kering.

8. Siap.

Inilah resipi mudah mihun goreng Singapura. Boleh taburkan bawang goreng dan daun sup. Ia pasti lebih menambat selera. Selamat mencuba!

Iklan

Penulis: Suhaila Ali

Foto: baking_purr