SEWAKTU kawalan pergerakan inilah kita rasa nak makan macam-macam, betul tak? Tapi semuanya terhad, kalau pesan tempahan guna delivery pun masih banyak restoran yang tutup.

Para ibu mesti pening nak masak apa setiap hari untuk anak-anak. Kadang mereka cepat bosan sekiranya makan menu sama je hari-hari kan?Jadi apa kata hari ini, para ibu cuba resepi pancake untuk jamu anak-anak.

Sebelum kita mula, nak bagitahu ni yang adunan ni banyak tau jadi anda boleh makan pagi sampai tengahari mahupun sampai ke petang. Sekiranya anda nak buat sedikit sahaja, maka kecilkan kepada 3 sudu/cawan untuk setiap bahan.

Bahan-bahan:

5 cawan tepung gandum
5 suduh teh baking powder
5 sudu besar minyak
5 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
5 cawan susu
15 sudu besar gula pasir (setiap sudu jangan terlampau banyak)

Cara-cara penyediaan:

Iklan

1. Putar putih telur sehingga menjadi kembang atau berbentuk seperti foam
2. Dalam bekas yang lain, campurkan susu, telur kuning, gula dan minyak. Kacau sehingga sebati.
3. Satukan dalam bekas tepung gandum dan baking powder yang disedikan tadi, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bekas campuran susu dan kacau sehingga sebati. Pastikan tepung tadi tak berketul.
4. Akhir sekali masukkan putih telur dan kacau secara perlahan-lahan sehingga adunan menjadi sebati
5. Gunakan senduk untuk tuang adunan ke dalam pan, pastikan api perlahan sahaja. Saiz pancake mengikut citarasa anda. Nak jimat buat kecil, nak cepat habis buat besar.
6. Untuk lagi sedap disarankan makan waktu panas dengan butter dan madu. Hiaslah sikit kalau nak bagi comel mcm gambar di bawah, pasti anak-anak bersemangat nak makan sebab cute

Resipi pancake untuk anak ramai

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Unsplash
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif