RESIPI paru yang jarang-jarang mak-mak zaman sekarang nak buat sendiri di rumah.

Paru atau pelempung lembu memang sedap dimakan, ditambah pula bila dapat goreng garing-garing dan makan bersama sos pencicah.

Pasti ramai yang dapat bahagian paru pada hari raya korban yang lepas kan? Tak tahu nak masak apa, boleh cuba goreng berlada yang ringkas ini.

Biasa beli di kedai, kali ini cuba buat sendiri. Pastinya lebih sedap! Memikat selera seisi keluarga.

Dimasak empuk dengan sambal pedas. Rasanya pedas-pedas manis. Cukup sedap dimakan begitu sahaja, apa lagi dijadikan lauk untuk nasi lemak mahupun nasi putih.

Sedap digandingkan dengan timun atau salad sebagai ulaman.

Paru biasanya ia dipotong kecil dan digoreng garing, sedap juga diratah sebagai snek.

Bahan-bahannya;

  • 1/2 kg paru direbus sampai empuk dan digoreng
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Ditumbuk;
  • 1 inci halia
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sedikit ketumbar

Dikisar;

  • Cili kering (ikut kesukaan nak pedas atau tidak)
  • Bawang putih 2 biji
  • Bawang besar sebiji sederhana
  • Serai sebatang
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit kunyit serbuk untuk warna cantik

Cuba juga Sedapnya daging masak hitam, mudah sangat nak masak untuk jamu tetamu sempena Aidiladha

Paru goreng berlada ringkas, krup krap rangup pasti memikat

Cara-cara membuatnya;

Iklan

1. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi kemudian masukkan bahan kisar, letakkan asam keping atau asam jawa, sedikit garam dan gula pasir.

2. Gaul dan biarkan seketika sehingga masak sempurna. Masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul dan siap untuk dihidangkan.

Cuba juga Pasti terliur! Hati lembu masak pengantin lazat, mudah dibuat

Tip:

Iklan

Rebus paru-paru dengan sedikit garam biar betul-betul empuk tau baru paru tu nanti sedap. Bila dah sejuk potong nipis, kemudian goreng.

Sumber: Noreez Rahmat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.