SEMPENA Hari Kebersihan Tangan Sedunia, jenama terkemuka Jepun, Shokubutsu memperkenalkan Shokubutsu Natural Protection Hand Wash yang dirumus untuk menghapuskan 99.9 peratus kuman.

Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Kazuo Mabuchi berkata, produk baharu yang diperkenal itu mengandungi 100 peratus minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan yang emberikan perlindungan semula jadi, melindungi kulit daripada kuman serta membantu mengimbangi mikrobiom kulit.

“Walaupun Malaysia memasuki fasa endemik, kepentingan mencuci tangan secara kerap tidak boleh diabaikan kerana langkah ini adalah salah satu tindakan paling berkesan bagi membantu mengurangkan penyebaran patogen dan mencegah jangkitan termasuk virus Covid-19.

“Di Shokubutsu, kami memahami bahawa perlindungan mesti datang secara menyeluruh. Itulah sebabnya kami menawarkan Natural Protection Hand Wash untuk melengkapkan rangkaian pembersih badan kami,” katanya.

Sementara itu, Pakar Dermatologi, Hospital Columbia Asia, Dr Goh Siew Wen berkata, kulit merupakan ‘hos’ kepada berjuta-juta bakteria, kulat dan virus.

BACA JUGA Shokubutsu hadir dengan produk antibakteria baharu. Guna teknologi terkini hasil buih-buih yang mewah, wangi

Justeru, memilih jenis pembersih tangan dan badan yang betul membantu memberikan perlindungan maksimum.

Selain menawarkan produk pembersih tangan, Shokubutsu bekerjasama dengan Hospital Columbia Asia untuk sesi siaran langsung Facebook membincangkan topik mengenai kebersihan tangan dan kesihatan kulit.

Iklan

Shokubutsu Natural Protection Hand Wash boleh didapati dalam dua varian iaitu Soothing Fresh (dengan Tea Tree) dan Protect (dengan Eucalyptus) yang terdiri daripada dua saiz.

Iklan

Pembelian boleh dilakukan di pasar raya utama, pasar raya besar dan farmasi terpilih di seluruh negara, selain melalui platform Lazada atau Shopee.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI