AMAZFIT baru-baru ini memperkenalkan model jam terbaharu, Amazfit T-Rex Pro yang lebih tahan lasak.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, fitur baharu berkenaan didatangkan dengan skrin AMOLED berdefinisi tinggi dan empat Sistem Navigasi Satelit Global (Quad GNSS).

Quad GNSS antara lain berfungsi untuk menyokong kedudukan darjah lebih tepat.

Membuktikan kehebatan teknologi terkini itu, ia memiliki 15 kelulusan pensijilan ketenteraan lantaran kemampuannya mengharungi tahap cabaran suhu panas, cuaca lembap hutan hujan dan sejuk beku.

Amazfit

Berikut perincian lain Amazfit T-Rex Pro:

  • Didatangkan dengan 100 mod sukan yang boleh menganalisis kadar denyutan jantung, jarak perjalanan, kelajuan pergerakan dan kadar pembakaran kalori pada masa sebenar.
  • Menampilkan ciri enjin kecerdasan buatan dalam mengesan tahap oksigen dan status pernafasan ketika tidur untuk gambaran lebih jelas.

Baca juga APPLE lancar tiga model jam baharu lebih tahan lasak dengan fungsi pintar menyakinkan

amazfit

  • Direka khas untuk 10 ATM kalis air, penjejak cuaca, paparan fasa bulan, kompas dan altimeter barometrik.
  • Dilengkapi dengan bateri tahan lasak hingga 18 hari.
  • Dikuasakan dengan sistem pengoperasian Zepp OS.

Amazfit

Pembelian boleh dilakukan menerusi platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan