HONDA Malaysia akhirnya mendedahkan harga City Serba Baharu Generasi ke-5 yang boleh dimiliki bermula pada harga RM74,191.27 untuk varian S (selepas pengecualian cukai jualan).

Model segmen B dengan ciri termaju itu disertakan varian E pada harga RM81,664.82 manakala varian V pula pada harga RM86,561.45 (masing-masing harga selepas pengecualian cukai jualan).

Bagi varian RS e:HEV pula, model paling canggih itu hanya akan tersedia pada Januari tahun depan dan harganya akan diumumkan kelak.

all new city honda

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Serantau (Asia & Oceania), Honda Motor Co Ltd, Masayuki Igarashi berkata, visi 2030 Honda adalah untuk merintis kemajuan mobiliti dan membolehkan semua di seluruh dunia menambah baik kualiti kehidupan seharian.

“Justeru, kami telah memperkenalkan Honda e:Technology bagi mencapai visi 2030. Malaysia juga merupakan pasaran yang penting di rantau ini bahkan sejak lima tahun lalu, hampir 40 peratus model hibrid yang dijual di rantau Asia dan Oceania adalah dari negara ini.

“Bagi menawarkan produk-produk elektrifikasi termaju, kami berbesar hati untuk memperkenalkan buat pertama kalinya di rantau Asia dan Oceania, e:HEV-sistem hibrid 2 motor dijana oleh intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang cekap,” katanya kepada SinarPlus.

Artikal berkaitan: Honda City RS lebih power, ubah landskap segmen B Malaysia

Beliau yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co Ltd itu percaya bahawa City RS e:HEV Serba Baharu akan terus mengujakan pasaran Malaysia dengan teknologi termaju dan ciri-ciri yang mendahului kelasnya.

all new city honda

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama menyasarkan sebanyak 3,000 unit tempahan untuk model tersebut untuk tempoh sebulan.

“Sehingga hari ini, kami bangga untuk mengumumkan bahawa sudah menerima sebanyak 5,000 unit tempahan. Kami sangat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia.

Artikal berkaitan: City RS Serba Baharu lebih memukau dengan teknologi hibrid

“Selepas mengecapi kejayaan selama hampir 20 tahun, kami kini memperkenalkan City Serba Baharu Generasi ke-5 yang dipercayai akan menjadi game changer yang melangkaui segmennya dengan prestasi yang tiada tandingan,” ujarnya.

Iklan

all new city honda

City Serba Baharu didatangkan dalam lima warna dinamik iaitu Merah Mutiara (Passion Red Pearl), Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic), Perak (Lunar Silver Metallic) dan warna baharu, Putih Mutiara³ (Platinum White Pearl).

Direka dengan penampilan yang lebih yakin, City Serba Baharu Generasi ke-5 kini 111mm lebih panjang, 54mm lebih lebar dan 10mm lebih rendah berbanding City Generasi ke-4.

all new city honda

Iklan

Buat pertama kali dalam barisan model Honda Malaysia, varian RS e:HEV dipacu dengan rangkaian kuasa i-MMD sekali gus mampu menjanakan kuasa sebanyak 108PS dan tork paling tinggi dalam kelasnya iaitu 253Nm.

all new city honda

Model tersebut kemudian dipadankan dengan transmisi Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT) yang memberikan pecutan yang lebih berkuasa dan lancar setara dengan tork enjin Aspirasi Natural segmen D.

Rangkaian kuasa i-MMD dan sistem Intelligent Power Unit (IPU) boleh bertukar di antara tiga mod pemanduan iaitu Pacuan EV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin dengan penuh kecekapan.