Saingan baharu SUV hibrid dalam negara, Haval H6 HEV rekod tempahan lebih 1,500 unit selepas dilancarkan
PENGENALAN model pemasangan tempatan (CKD) pertama Great Wall Motor (GWM) Malaysia, Haval H6 HEV nampaknya bakal menyaingi pasaran jentera utiliti sukan (SUV) hibrid dalam negara.
Menariknya, varian serba canggih dan futuristik tersebut menerima tempahan lebih 1,500 unit selepas dilancarkan sebulan lalu dan berjaya melengkapkan penghantaran 200 unit CKD pertama baru-baru ini.
Menurut Naib Presiden GWM International, Yang Weiqi, pihaknya bukan hanya mahu menghantar kereta ke Malaysia, bahkan mahu mewujudkan pengeluaran tempatan dengan kerjasama EPMB sebagai rakan kongsi.
“Dengan China sebagai asas, kami melaksanakan empat pemodenan baharu di peringkat pasaran kebangsaan iaitu dibina secara tempatan, dikendalikan secara tempatan, diusahakan secara global dan rantaian bekalan bersepadu,” katanya.
#inanaim #pengantin #kahwin #sinarplus #lifestylesinarharian
Berikut antara lain perincian Haval H6 HEV:
- Enjin 1.5L Turbo Hybrid dengan Teknologi Dwikelajuan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) dan bateri berprestasi tinggi 1.6kW.
- Kapasiti kuasa maksimum 243ps dengan tork 530Nm dan pecutan 7.7 saat untuk 100 kilometer perjam.
- Lengkap sistem pembersihan udara ion negatif, pengecasan tanpa wayar dan kapasiti 560 liter bonet belakang.
- Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dengan sistem pengecaman tanda lalu lintas, bantuan kekal lorong, brek kecemasan automatik dan banyak lagi.
Tawaran harga bermula RM139,800 dengan lima pilihan warna seperti Crayon Grey, Ayers Silver, Hamilton White, Sun Black dan Energy Green.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang