HONG Leong Yamaha Motor baru-baru ini memperkenalkan model skuter segmen automatik generasi baharu, Yamaha NMax yang lebih elegan untuk pasaran tempatan bermula bulan ini.

Apa yang menarik, reka bentuk moden dengan ciri-ciri canggih yang dipertingkatkan itu dikatakan mampu menarik perhatian peminat skuter kerana harganya dijual pada RM8,998 sahaja. (tanpa insurans dan cukai pendaftaran)

Selain didatangkan dengan enam lampu LED di bahagian hadapan yang direka khas untuk memberikan pencahayaan terbaik dan lebih luas, model berdaya saing itu juga mempunyai lampu brek kecemasan tiga dimensi, demi menjamin ciri keselamatan berganda.

yamaha NMax

Skuter moden yang didatangkan dengan dua pilihan warna cukup elegan iaitu kelabu dan merah matt berkenaan dilengkapi panel meter LCD lebar dengan suis yang diselaraskan di sebelah kiri palang pemegang bagi memudahkan pengendalian.

yamaha NMax

yamaha NMax

yamaha NMax

Bukan itu sahaja, ciri unik yang ada pada model generasi baharu tersebut yang dilengkapi sistem stop dan start yang dikatakan mampu menjimatkan bahan api kepada 7.1 liter berbanding model sebelum ini.

Seiring taglinenya iaitu Lincah Mempesona, Yamaha NMax dilihat lebih praktikal dengan kapasiti enjin empat lejang 155cc SOHC yang dilengkapi teknologi penyejukan cecair Blue Core dan suntikan bahan api.

Iklan

yamaha NMax

Apa lagi menarik? Ciri tambahan yang sememangnya diimpikan setiap kaki motor adalah soket elektrik 12 voltan yang disediakan khas di bahagian kotak hadapan bagi memudahkan penunggang mengecas telefon pintar mereka bila-bila masa.

yamaha NMax

Iklan

Sebagai nilai tambah, skuter automatik tersebut turut dilengkapi papan kaki yang lebih lebar untuk perjalanan yang lebih santai dan selesa, selain ruang storan berkapasiti 23.3 liter mampu membuatkan topi keledar bersaiz XL.

Tidak cukup dengan itu, dua penyangkut helmet juga dipasang pada bahagian luar untuk memudahkan simpanan. Jadi apa tunggu lagi?  Jom usha model terkini di pengedar sah seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web https://www.yamaha-motor.com.my/ dan dapatkan kunci cakera Yamaha bernilai RM100 selagi stok masih ada.