BAGI menarik perhatian ramai, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan dua rona dinamik baharu untuk dua model terpilih sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Nissan X-Trail 2.0L Mid ditawarkan dengan warna Monarch Orange, manakala rona Radiant Red dengan pilihan bumbung hitam untuk Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star sempena keluaran tahun ini.

ETCM dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya juga melanjutkan kadar faedah menarik serendah 1.88 peratus untuk model Nissan terpilih hingga 28 Februari ini bagi menyemarakkan lagi sambutan Tahun Baru Cina.

“Kempen jualan kali ini memberi lebih banyak ganjaran kepada pelanggan yang berpeluang untuk menyertai peraduan Menang Lazada Baucar hingga RM50,000,” kata jenama itu.

Nissan X-Trail 2.0L Mid Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star Apa keistimewaan Nissan X-Trail? Berikut perincian:

1. Dilengkapi ciri teknologi pemanduan dinamik, Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang antaranya memberi amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan dan kawalan cruise pintar.

2. Ciri amaran titik buta juga membantu pemanduan lebih selamat.

3. Model canggih itu turut dilengkapi amaran trafik palang belakang dan lampu tinggi.

Nissan X-Trail 2.0L Mid Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star Sementara itu, Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star juga tidak kurang hebatnya.

Baca juga Lagi canggih dan jimat minyak, kenali kelebihan 5 jentera premium paling ringan di dunia

Iklan

Selain menawarkan penjimatan minyak terbaik dalam kelasnya, model premium tersebut juga didatangkan dengan ciri inovatif seperti pintu gelongsor bebas tangan dan tujuh pot kabel USB.

Paparan skrin pintar dengan pengesan objek bergerak membolehkan pemanduan lebih selamat dan selesa.

Nissan X-Trail 2.0L Mid Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lebih menarik, sambungan telefon pintar terus kepada Apple CarPlay dan Android.

Selain itu, ETCM turut mengumumkan mana-mana pelanggan yang memandu uji Nissan Almera Turbo Serba Baharu sepanjang kempen berlangsung juga layak untuk memenangi baucar Watsons bernilai RM500.

Untuk maklumat lanjut, boleh berkunjung ke bilik pameran ETCM berhampiran atau layari www.nissan.com.my.