Edika tak menyesal jaga bekas isteri, halalkan segala makan minum.'Saya tidak akan putus bantu, sebab anak-anak...'

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS dua dekad memegang amanah sebagai suami dan penjaga setia, pelakon era 90-an, Edika Yusof, akhirnya melepaskan bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri, dengan hati yang reda.

Walaupun rumah tangga yang dibina sejak 2004 itu tidak mampu dipertahankan lagi, Edika atau nama sebenarnya Muhammad Yusof Abdul Majid tetap tenang dan mengakui tidak pernah menyesal menghabiskan 21 tahun hidup bersama wanita yang pernah dijaganya ketika terlantar sakit.

"Saya tidak menyesal pun sebab saya sudah jaga isteri daripada terlantar sehingga dia boleh ada produk sendiri dan berdikari sekarang.

"Sampaikan ada doktor-doktor di luar sana panggil saya untuk kongsikan pengalaman dan tips macam mana saya melakukannya (menjaga Nor Hidayah ketika sakit).

"Sebab penyakit yang dialami oleh bekas isteri iaitu meningitis, kira-kira 98 peratus pesakit meninggal dunia manakala dua peratus lagi mengalami kecacatan seumur hidup," katanya.

Sepanjang bergelar suami, pelakon filem Maria Mariana telah menjalankan tanggungjawabnya sepenuh hati malah menghalalkan segala kudrat dan penat lelah sepanjang menjaga bekas isterinya itu.

Edika menegaskan bahawa selama ini dia merupakan seorang suami yang paling memahami keadaan bekas isterinya, malah menjadi satu-satunya individu yang ikhlas menjaga keperluan Nor Hidayah ketika sakit.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai seorang Islam, sudah tentu saya halalkan semuanya. Saya pun tidak putus akan membantu sebab anak-anak sudah besar dan mereka ada masa depan sendiri.

"Yang pakar menjaga isteri saya adalah saya. Anak-anak mungkin duduk satu rumah, hidup sama-sama tetapi yang menjaga dia adalah saya sebelum ini," katanya.

Setelah bergelar bapa tunggal, Edika mengakui rutin hariannya akan berubah, namun berharap hubungan kekeluargaan kekal baik demi masa depan anak-anak.

Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar jam 10.42 pagi, di hadapan Hakim Syarie, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.

Untuk rekod, perceraian tersebut sepatutnya berlangsung pada 23 April lalu, namun ditangguhkan kerana keadaan Nor Hidayah yang tidak suci ketika itu.

Mereka selamat mendirikan rumah tangga pada Januari 2004. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq, dan Fereena Nurulhaq, yang kini menjadi penguat semangat buat Edika dan Nor Hidayah meneruskan langkah dalam fasa hidup baharu.


Itu antara perkongsian Edika, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid, 58 ketika ditemu SinarPlus dalam satu majlis rumah terbuka baru-baru ini selepas ditanya mengenai kemelut yang melanda rumah tangga beliau bersama Nor Hidayah Rosli.

Februari lalu, peminat pasangan tersebut dikejutkan apabila isterinya memfailkan perceraian terhadap pelakon tersebut dan kini kes mereka masih dalam proses mahkamah.

Imbas kembali, Hidayah hilang deria pendengaran dan percakapan, malah lumpuh sebahagian anggota badannya selepas beberapa hari melahirkan anak kedua mereka.

Bermula daripada demam panas, jangkitan kuman merebak hingga ke kepala mengakibatkan Hidayah koma selama sembilan hari.

Ketika sedarkan diri, Hidayah tidak lagi dapat menggerakkan badannya dari dada ke kaki. Malah, bahagian wajahnya di sebelah kiri herot menyebabkan sebelah mata tidak boleh dibuka

#edikayusof #pelakon #selebriti #Artismalaysia #rumahtangga #SinarPlus #lifestylesinarharian" />

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang