Impian jadi penyampai radio jadi kenyataan, Irsyad bakal warnai Kafe Suria 

No Image Caption
A
A
A

BAGI sesetengah orang, menjadi penyampai radio mungkin satu pilihan kerjaya.

Namun bagi Irsyad Tarudin, ia sebuah perjalanan yang penuh liku. Berkat kesabaran, anak jati Kedah yang kini berusia 26 tahun ini merealisasikan impiannya menjadi kenyataan.

Sebelum menyertai Suria FM, pelajar sarjana dalam bidang akuakultur di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menjana pendapatan harian melalui e-hailing.

Setiap pagi ke universiti, malam pula ke jalan raya, itulah rutin beliau sebelum akhirnya impian beliau terlaksana.

“Menjadi penyampai radio adalah impian saya sejak kecil. Setiap hari semasa berulang-alik dari sekolah di Kulim ke rumah di Sungai Petani, saya akan dengar radio dalam kereta bersama keluarga.

"Dari situlah minat saya bermula. Saya tertarik dengan cara penyampai berinteraksi dengan pendengar. Alhamdulillah, hari ini impian itu menjadi kenyataan,” kata Irsyad.

Irsyad memilih untuk menyertai Suria FM kerana baginya stesen radio berkenaan paling dekat di hati masyarakat.

“Ke mana saja saya pergi , gerai makan, stesen minyak, dalam kereta e-hailing atau di dalam bas, saya dapati kebanyakan mendengarkan Suria FM. Keistimewaan Suria FM di mata saya, radio ini sangat aktif dan agresif dalam menganjurkan aktiviti - aktiviti luar untuk lebih dekat dengan pendengar.

"Kandungan segmen di Suria FM juga lebih bersifat interaktif serta variasi dan menawarkan nilai kepada pendengar. Sebagai seseorang yang suka berbual dan mendengar cerita orang, saya rasa inilah tempat paling tepat buat saya,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:


Irsyad yang mengendalikan segmen malam baharu Suria FM iaitu Kafe Suria bermula Isnin ini, 19 Mei 2025 akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

Beliau bakal tampil dengan gaya penyampaian santai, jujur dan reflektif, mencerminkan suara generasi muda hari ini dengan membawa pendengar mengikuti trend semasa, kupasan drama dan filem terbaru, sembang topik, ucapan dan permintaan lagu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang