Produk baharu Wawa Zainal, kisah lama rakyat – YB Syed Saddiq sebak dedah realiti masyarakat

No Image Caption
A
A
A

DALAM dunia serba sibuk hari ini, sukar hendak jumpa seorang ahli politik yang bukan sahaja komited di Parlimen, malah aktif turun padang, menyokong jenama tempatan dan enggan duduk diam walaupun pada hujung minggu.

Namun, itulah yang dilakukan oleh YB Syed Saddiq. Beliau mengaku dirinya seorang yang workaholic.

“Saya tak suka ada banyak masa lapang dan lebih selesa mengisi masa dengan kerja-kerja yang boleh beri manfaat kepada masyarakat.

“Tak kisah hari biasa, cuti umum atau hujung minggu, saya tetap turun padang,” ujar Ahli Parlimen Muar sejak Mei 2018.

Menariknya, di mana-mana pun sekarang, baju berlabel “YB” daripada jenama tempatan menjadi rebutan.

No Image Caption

Bukan sekadar gaya, tapi lambang semangat baharu yang dibawa oleh figura muda ini. Bagi Syed Saddiq, jawatan sebagai YB bukan hanya untuk bercakap di Dewan Rakyat.

“Melalui pelbagai kerjasama dan projek komuniti, saya dapat menyalurkan bantuan secara langsung kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Artikel Berkaitan:

“Saya rasa dah cukup dalam hidup. Saya tak kejar barang mewah. Makan minum cukup. Tapi bila tengok sendiri rakyat yang susah, kita tahu kita kena buat lebih,” katanya.

Beliau turut berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika bertemu keluarga yang setiap minggu memohon bantuan susu formula kerana tidak mampu beli.

“Ada juga pelajar universiti dari keluarga nelayan yang terpaksa pinjam telefon ayah untuk hadir kelas dalam talian. Si ayah pula bekerja. Mana kita tak kesian,” luahnya jujur.

“Pengalaman seperti inilah yang membuka mata saya untuk terus bekerja keras membantu rakyat,” tegas beliau lagi.

No Image Caption

Baru-baru ini, YB Syed Saddiq menjadi tetamu kehormat dalam satu acara pelancaran produk kecantikan terbaharu oleh Wawa Global Sdn. Bhd., syarikat milik pasangan selebriti terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Turut hadir dalam program berkenaan ialah Umisya Mazlan dan suami, Aslam.

Majlis itu menyaksikan pelancaran tiga produk pelindung matahari (sunscreen) baharu yang diformulasi khas untuk lelaki dan wanita aktif.

No Image Caption

Selain itu, logo baharu syarikat turut dilancarkan, menandakan permulaan kepada "Chapter Baharu" buat jenama Wawa.

Penjenamaan semula yang dilakukan kali ini turut memperkenalkan logo dan pembungkusan baharu sebagai usaha membanteras produk tiruan dan memberikan imej yang lebih profesional.

“Kami dah tujuh tahun dalam industri. Ramai pelanggan setia yang tahu keberkesanan produk kami. Ini bukan soal glamor, tapi soal kualiti,” tegas Wawa.

Dalam pada itu, YB turut berkongsi bahawa ramai selebriti kini semakin terbuka untuk menyertai program bantuan rakyat.

Salah seorang yang cukup aktif tetapi tidak begitu diwar-warkan ialah Bella Astillah. Menurutnya, Bella adalah antara insan yang sering turun padang membantu masyarakat secara senyap.

“Saya sendiri banyak bawa rakan selebriti turun ke Muar. Siapa nak ikut, saya alu-alukan.

“Politik ni bukan sekadar perbahasan di Parlimen. Asasnya adalah untuk bantu rakyat,” jelasnya lagi.

No Image Caption

Apabila ditanya soal hubungan peribadinya dengan Bella, YB hanya menjawab ringkas namun penuh makna.

“Saya mengharapkan yang terbaik. Saya terhutang budi padanya.

“Soal masa depan, biarlah antara dua orang dan dua keluarga. Doakan, itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Wawa menzahirkan harapannya agar jenama Wawa akan terus berkembang dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang