5 jenis buah-buahan yang perlu dielakkan, jika ingin diet betul

5 jenis buah-buahan yang perlu dielakkan, jika ingin diet betul
December 28, 2020
Oleh Faezah Muda

BUAH adalah sumber vitamin dan serat (fibre) yang elok dimakan untuk menambah kesihatan tubuh.

Bagi korang yang mempunyai plan nak turunkan berat badan atau diet sihat, eloklah banyakkan pengambilan buah.

Serat yang terdapat dalam buah-buahan akan membuatkan korang rasa lebih cepat kenyang dan lagi cepat kurus!

Setiap jenis buah juga mempunyai kadar serat yang berbeza-beza.

Untuk pengetahuan korang yang sedang diet, terdapat lima jenis buah yang perlu dielakkan.

Ini lima jenis buah yang berpotensi gagalkan diet korang, antaranya;

1. Mangga

  • Mangga termasuk dalam buah-buahan yang tinggi kalori dan buah yang bermusim.
  • Buah yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Kurangkan pengambilan walaupun dalam bentuk jus.

5 jenis buah-buahan yang perlu dielakkan, jika ingin diet betul

2. Anggur

Iklan
  • Walaupun buah yang kecil perlu kawal 'portion'.
  • Satu mangkuk anggur mempunyai 27g karbohidrat.
  • Ditambah rasa yang masam dan manis menyebabkan kita susah nak berhenti bila makan.

3. Buah-buahan kering

  • Buah-buahan kering atau dry fruit sebenarnya mengandungi kalori yang lebih banyak daripada buah-buahan segar.

5 jenis buah-buahan yang perlu dielakkan, jika ingin diet betul4. Avocado

Iklan
  • Buah avocado mengandungi lemak baik dan sedap dijadikan jus.
  • Tapi kena ingat, 100g avocado bersamaan dengan dua pinggan nasi.

5. Durian

  • Durian mengandungi lemak dan kalori yang tinggi jika makan secara berlebihan.
  • 100g bersamaan 145 kalori.
  • Selain itu durian juga menyebabkan tekanan darah tinggi.

Baca juga Air manis meskipun sudah ditambah air kosong, kandungan gula yang masuk dalam badan tetap sama. Hati-hati

Ini merupakan pengalaman Noraidah Bte Md Nor, untuk diet yang bersesuaian dengan anda, boleh dapatkan nasihat daripada pakar.

Jika korang inginkan diet sihat berjaya, boleh cuba pisang, epal hijau, tembikai, kiwi dan betik.

Moga bermanfaat!