Kelas online: Jangan ‘tertayang’ aurat tidak sepatutnya, ibu bapa jaga adab pakaian

pakaian
February 2, 2021
Oleh Izyan Liyana

SESI persekolahan yang sepatutnya dibuka pada 20 Januari lalu terpaksa ditangguhkan berikutan kes jangkitan virus Covid-19 mencatatkan trend peningkatan hari demi hari.

Sehubungan itu, bagi memastikan para pelajar tidak tercicir dalam pelajaran, sekali gus memutuskan rantaian wabak terbabit, maka Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Iklan

Biasalah, terdapat pro dan kontra apabila sesi pembelajaran tidak berlangsung secara bersemuka.

kelas onlineNak atau tidak, para guru tetap komited menyalurkan ilmu kepada pelajar secara online sama ada menggunakan komputer riba, telefon pintar atau tablet yang mempunyai capaian internet.

Selain guru, ibu bapa yang memantau pengerakan anak-anak di rumah juga nampaknya bertungkus-lumus memastikan setiap tugasan atau link yang dikongsikan dapat diakses secara sempurna di peranti.

Iklan

Bukan itu sahaja, pemakaian anak-anak pun dijaga rapi agar tampak kemas di depan skrin.

Pun begitu, dalam usaha memastikan kelas online tersebut berjalan lancar ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa menitikberatkan aspek penampilan.

Iklan

pakaian
MENURUT Syaheerah Hanis, ibu dan bapa harus sentiasa menjaga penampilan sepanjang membantu mengendalikan kelas online anak-anak.

Menurut perunding imej, Syaheerah Hanis semasa sibuk menyediakan laptop dan telefon pintar untuk kegunaan PDPR anak-anak, para ibu bapa diharapkan menjaga penampilan yang baik.

“Dalam Islam turut menuntut kita berpakaian kemas dan sopan, waima berada di depan anak-anak. Jangan ‘tertayang’ aurat yang tidak sepatutnya.

“Isu seumpama ini jangan dipandang ringan kerana pernah berlaku pada sesi kelas online segelintir ibu dan bapa tanpa sengaja mempamerkan pakaian kurang sopan di depan skrin.

“Apa lagi, menepuk dahi kumpulan ibu bapa lain yang ketika itu menemani anak masing-masing semasa kelas online terbabit,” kongsi beliau menerusi laman sosial Facebook @syeerahanis baru-baru ini.

pakaian
INGAT ya, golongan ibu dan bapa tidak disarankan memakai pakaian yang nipis dan jarang.

Sehubungan itu, cara pemakaian ideal elak memakai baju fabrik nipis, jarang dan tidak berlengan. Sebaik-baiknya pilih blaus atau kardigan yang tidak menampakkan kulit badan dan bahagian dada.

Bagi golongan ibu yang gemar menyarungkan baju kelawar atau kaftan, pastikan memakai inner lengan panjang warna gelap. Langkah sedemikian dapat mengelakkan bahagian ketiak terdedah di depan umum.

pakaian kelas onlineSementara itu, kaum bapa pula jangan sesekali berseluar pendek atau berkain pelikat tanpa baju. Ia kurang sopan. Mungkin padanan seluar panjang dan baju- T sudah memadai.

Akhir sekali, bagi menjaga imej keluarga dan persekitaran di dalam kediaman sebelum mengendalikan laptop atau telefon pintar anak-anak, disarankan menutup fungsi kamera dan volume terlebih dahulu.

Iklan
Iklan