Sensodyne Fresh Mint baharu tangani gigi sensitif. Tak perlu lagi tahan ngilu bila mengidam aiskrim

No Image Caption
A
A
A

RASA ngilu masa makan aiskrim atau minum kopi panas? Jangan tahan lagi! Label ubat gigi nombor satu untuk gigi sensitif di Malaysia kini tampil dengan Sensodyne Fresh Mint versi baharu.

Inovasi lebih segar, kuat dan pastinya menyenangkan mereka yang sering berdepan masalah gigi sensitif.

Pengarah Pemasaran Haleon untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, Law Chen berkata, terlalu ramai rakyat negara ini menahan ketidakselesaan yang berpunca daripada gigi ngilu.

“Menerusi tinjauan yang dilakukan melibatkan 248 individu, sebanyak 69 peratus mengalami gigi sensitif secara berterusan dan sebanyak 61.8 peratus memilih untuk bertahan dengan ketidakselesaan tersebut.

No Image Caption

“Justeru, penemuan itu menekankan betapa perlunya penyelesaian yang berkesan dan kesedaran yang lebih tinggi terhadap masalah sensitiviti. Inilah sebabnya Sensodyne bersama-sama Persatuan Pergigian Malaysia, memperhebat usaha kesedaran dan menggalakkan intervensi awal,” katanya.

Lelaki itu pemilik akaun syarikat Cikgu Kimchi Trading yang dikaitkan dengan kes penipuan pakej pelancong ke Korea. " />

Sementara itu, Periodontis wakil Persatuan Pergigian Malaysia, Dr Mohd Salman Masri turut bersetuju bahawa sensitiviti gigi bukanlah isu kecil kerana boleh menandakan masalah kesihatan mulut yang lebih mendalam.

No Image Caption

“Kajian terkini yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health menunjukkan bahawa 93 peratus responden menyatakan bahawa sensitiviti mengurangkan nikmat makan dan minum. Malah, memberikan impak kepada keselesaan fizikal dan kesejahteraan emosi.

“Oleh yang demikian, penting untuk menangani sensitiviti seawal mungkin, iaitu sebaik sahaja rasa ngilu itu muncul. Jika diabaikan, sensitiviti boleh membawa kepada masalah yang lebih besar pada masa hadapan,” terang beliau.

Jadi, apa yang best dengan Sensodyne Fresh Mint baharu? Selain perlindungan 24 jam, ia juga memberikan kesegaran 24 jam dan teknologi tiga tindakan iaitu mengilap, membersih dan menyingkirkan bakteria.

Pada masa sama, Kempen ‘A Happy Mouth is...A Happy Mind’ sedang berlangsung hingga 21 Mei ini di lebih 500 klinik pergigian seluruh negara dengan servis pemeriksaan gigi percuma.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang