PELAKON dan pengacara, Karl Shafek mendedahkan sebelum ini beliau mengalami masalah rambut yang semakin menipis sehingga perasaan bimbang mula menyelubungi dirinya.

Cerita bekas pramugara tersebut menerusi laman sosial Instagram @karlshafek, helaian rambutnya dilihat gugur dan luruh hari demi hari.

“Saya mula sedar rambut semakin menipis lima tahun lalu. Sebagai lelaki yang perlu sentiasa kelihatan presentable dalam bidang kerja saya, kehilangan rambut amat merisaukan.

“Apabila semakin bimbang, ia membuatkan rambut semakin banyak luruh, selain faktor genetik, usia dan persekitaran. Keadaan saya menghadapi depresi yang teruk turut menjadi penyebab rambut semakin jarang dan botak,” tulis beliau baru-baru ini.

Artikel berkaitanSaya Sakit Tak Boleh Bangun Dari Katil Berbulan-Bulan – Karl Shafek

karl shafek
KARL SHAFEK mendedahkan masalah rambut gugur dan semakin menipis mula dialami lima tahun lalu.

Justeru, enggan membiarkan masalah rambut berterusan, Karl Shafek atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim segera bertindak mencari solusi terbaik.

“Lalu, saya mengambil keputusan untuk tidak menunggu lama. Pada usia hampir mencecah 40 tahun, saya sangat gembira apabila mengenali pakar rambut kerana saya percaya mereka adalah pasukan pakar rambut untuk rawatan hair transplant (tanam rambut) yang terbaik.

“Kesabaran saya menanti hampir setahun untuk melihat hasilnya terbukti apabila rambut bukan sahaja tidak gugur, malah tumbuh dengan sihat, bertambah lebat dan kuat ketika saya pada usia remaja,” ujar selebriti berusia 41 tahun itu.

karl shafek

Dalam pada itu, Karl Shafek turut menitipkan pesanan buat orang ramai supaya mendapatkan konsultasi dan rawatan dengan pakar rambut profesional. Pemilihan perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya.

Iklan

“Saya mengambil masa sekian lama mengkaji klinik dan doktor terbaik untuk menjalankan proses ini.

“Saya percaya, sesiapa yang penah melalui rawatan ini (tanam rambut) seperti saya pasti bersyukur dengan ‘peluang kedua’ seumpama ini

karl shafek
PENGACARA berusia 41 tahun ini menasihatkan orang ramai sentiasa merujuk dan mendapatkan khidmat daripada kumpulan pakar profesional.

 

“Bagaimanapun, tak semua orang perlu membuat implant rambut. Mungkin segelintirnya hanya makan ubat yang tepat bagi membantu rambut anda dapat diselamatkan,” luah beliau yang juga merupakan seorang usahawan.

Terdahulu, sejak tahun lalu, Karl Shafek turut mendedahkan mengalami keradangan yang dikenali sebagai ankylosing spondylitis. Susulan masalah kesihatan terbabit beliau perlu menjalani ujian darah setiap bulan bagi memantau tahap keradangan di dalam badannya.

Artikel berkaitanMental Kena Betul-Betul Kuat Untuk Lawan – Karl Shafek

Iklan

Secara ringkas, ankylosing spondylitis ialah sejenis artritis yang memberi kesan pada tulang belakang. Ia boleh bertambah buruk hingga menyebabkan keradangan sendi tulang belakang.

karl shafek