Bukan salah pun berkulit gelap, ikuti 3 tip untuk tampak menawan

cantik
October 23, 2020
Izyan Liyana

UNGKAPAN ada mengatakan bahawa kecantikan itu adalah hak milik setiap insan baik yang berkulit cerah mahupun berkulit gelap.

Bagaimanapun tidak dinafikan sebahagian besar wanita seperti berlumba-lumba untuk mencerahkan kulit.

Lebih menyedihkan, ada yang sanggup menggunakan rangkaian produk dan menelan pil kecantikan tidak dijamin kualitinya semata-semata untuk memiliki kulit putih.

Walhal, tiada kesalahan pun berkulit gelap asalkan korang sentiasa mengamalkan rejim pembersihan wajah dan mengoles solekan mengikut kesesuaian warna kulit.

cantik
WANITA berkulit gelap ataupun cerah masing-masing memiliki tarikan tersendiri

Ini termasuklah, bijak menerapkan konsep fesyen suai dan padan antara pakaian, aksesori, sepatu dan pelengkap gaya pilihan. Mudah bukan?

Justeru, kepada wanita berkulit gelap yang mungkin mencari teknik solekan ideal, segmen Sihat Cantik hari ini berkongsi tiga tip mudah memfokuskan pada bahagian bibir.

Bebas pilih warna gincu

cantik
– Bagi golongan wanita yang memiliki kulit gelap atau sawo matang, korang bebas sama ada untuk mencalit gincu warna lembut seperti nude (rona tanah dan natural) atau rona terang (merah hati atau merah menyala).

Pembayang mata nuansa lembut

cantik
– Jika menggunakan gincu warna terang pastikan kelopak mata dihiasi pembayang mata rona lembut. Selain itu, korang juga boleh mengenakan penggaris mata (wing liner) agar mata nampak seimbang dengan warna gincu.

Smokey eyes

cantik
– Sementara itu, bagi kaum Hawa yang mengoles gincu paket nude pula, maka sapukan kelopak mata dengan pembayang mata yang lebih gelap. Cara paling mudah mengaplikasi konsep smokey eyes untuk efek lebih dramatik.

Selamat mencuba!

Bersyukurlah dengan fizikal yang dikurniakan. Jangan sesekali bertindak di luar batasan sehingga memudaratkan kondisi kulit wajah dan tubuh badan kelak.