(VIDEO) Siapa sangka baju-T lama dapat elak rambut rosak. Ikuti 8 langkah mudah

rambut
December 23, 2020
Oleh Izyan Liyana

TAHUKAH korang, masalah keguguran rambut atau bercabang sebenarnya dapat diatasi menerusi pelbagai kaedah.

Selain menitikberatkan pemakanan sihat dan seimbang untuk kesihatan rambut atau menjalani rawatan di salun, mahkota wanita itu juga dapat dikendalikan dengan amalan cucian.

Ingat ya, proses mencuci helaian rambut bukan sahaja melibatkan syampu dan air semata-mata, sebaliknya ia memerlukan kita mempraktikkan cara cucian yang betul.

Justeru, apakah dimaksudkan rutin mencuci rambut yang betul?

Segmen Sihat Cantik hari ini kongsikan step-by-step daripada Farah Fazliyana Jafry menerusi laman sosial Instagramnya @liyanajafry.

Tip mencuci rambut dengan betul

rambut


1- Sebelum mencuci pastikan rambut disikat dari bahagian atas ke bawah bagi mengelakkan ia putus.

2- Elak mencuci rambut menggunakan air panas ataupun sejuk. Sebaik-baiknya basuh rambut dengan air suam.

rambut

3- Ketika mencuci rambut jangan menggunakan kuku dan terlalu kasar kerana cara itu akan merosakkan folikel. Disarankan hanya menggunakan hujung jari perlahan-lahan.

Iklan

4- Selepas itu, fokus mencuci adalah pada bahagian atas bukannya hujung rambut.

5- Kemudian, hanya dua picitan syampu untuk setiap cucian yang mana satu pada bahagian atas dan satu lagi bawah kepala.

rambut

6- Selepas proses mencuci rambut dengan syampu, gunakan pula perapi bermula pada pertengan hingga hujung rambut sahaja.

Iklan

7- Bagi proses pengeringan elakkan tuala sebaliknya, menggunakan baju-T yang tidak digunakan lagi ataupun tuala lembut seperti jenis mikrofibre.

rambut

Inisiatif berkenaan bertujuan mengelakkan rambut bercabang. Pada masa sama, jangan gosok rambut terlalu kuat. Memadai menekapnya dengan lembut.

8- Akhir sekali, jangan ketinggalan semburkan tonik berasaskan air pada kulit kepala bagi merawat rambut dari akar.

Ini termasuklah, merangsang pertumbuhan rambut baharu dan mengurangkan masalah keguguran.

 

Artikel berkaitanElak guna bahan kimia berlebihan yang boleh rosakkan rambut, pilih produk ini

Sumber: @liyanajafry dan Canva