“USTAZ, apa pendapat tentang isu Nadir dan Ustaz Ebit?.”

Berikut merupakan salah satu soalan daripada followers kepada penceramah, Adnin Roslan menerusi laman sosial Instagramnya baru-baru ini.

Lontaran soalan sedemikian dipercayai berkait rapat dengan isu melibatkan antara pendakwah bebas, Ebit Lew; Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri dan penyanyi rap, Caprice mengenai misi kemanusiaan di Gaza Palestine.

ADNI ROSLAN
SOALAN daripada followers yang meminta pendapat Adni menerusi laman sosial Instagram.

Justeru, bagi menjawab persoalan itu Adni menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu taksub terhadap individu kerana menyifatkan taksub akan membutakan hati manusia daripada kebenaran.

“Tak kisahlah taksub artis, ustaz, pemimpin politik atau sesiapa sahaja.

“Hatta, ALLAH tak suruh kita taksub atau idolakan Nabi. ALLAH suruh kita jadikan Nabi sebagai qudwah atau uswah hasanah iaitu ikutan baik dan mencintai Baginda.

muslim hijab
ORANG Islam dinasihatkan tidak terlalu taksub pada seseorang kerana taksub itu boleh membutakan hati daripada kebenaran.

“ALLAH suruh kita contohi sunah Nabi dengan penuh keimanan dan ilmu.

“Bukan taksub, memuja-muja dan akhirnya tak ikut sunah Nabi,” ulasnya.

Dalam pada itu, beliau juga berkongsi dek perbuatan mengidolakan manusia itulah menjadi faktor pembuatan berhala pada zaman Nabi Nuh.

“Itulah bahayanya apabila terlalu taksub dan mengidolakan manusia. Hati-hati.

“Ingatlah, bersederhana dalam mencintai dan bersederhanalah dalam membenci.

“Cintalah sesuatu kerana ALLAH dan bencilah sesuatu kerana ALLAH. Insya-ALLAH kita akan bahagia,” titip beliau.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama Adni juga mencoretkan 5 tip untuk rujukan bersama.

adni roslan
ADNI ROSLAN

1. Dalam hidup ini, kita perlu bersederhana dalam setiap hal. Jika tidak, kita akan mudah sesat. Hatta dalam beragama pun, dilarang terlalu ekstrim mengamalkan agama pun boleh sesat, melonggarkan agama pun boleh jadi sesat. Bersederhanalah taat perintah ALLAH, tinggalkan larangan ALLAH, ikut sunah Baginda Nabi SAW.

2. Dalam hidup ini semua orang pernah buat salah. Baik mana pun seorang itu pasti ada ketidaksempurnaannya kerana itu budaya dakwah, saling nasihat menasihati ALLAH dan Rasul diwajibkan. Agar kita sama-sama selamat.

3. Tapi ingat kebaikan yang nampak kita sokong dan usaha untuk mencontohi tak kira daripada siapa. Kelemahan yang nampak kita nasihat dan tegur serta jauhi. Kita benci perbuatan, bukan pelaku. Ini sangat penting.

4. Satu lagi budaya tidak sihat yang saya nampak adalah BUDAYA TAKSUB dan MENGIDOLAKAN manusia. Taksub ini akan membutakan hati manusia dari kebenaran. Dan ia dilarang dalam agama. Perbuatan taksub inilah yang menjadi faktor berhala pada zaman Nabi Nuh diukir lalu disembah. Nama berhala yang diukir oleh kaum Nabi Nuh ialah Wad, Suwa’, Yaghuth, Ya’uq dan Nasra.”

Iklan

Ibn Abbas RA mengatakan:
“Nama-nama tersebut ialah nama orang soleh daripada kaum Nabi Nuh AS.”

Nampak tak bahaya apabila taksub atau mengidolakan manusia?

5. Bahkan ALLAH dan rasul tidak suruh mengidolakan Baginda SAW, tetapi disuruh menjadikan Nabi SAW sebagai qudwah hasanah, uswah hasanah iaitu ikutan yang baik.

Bukan taksub butam tapi tak ikut sunah baginda. Kita disuruh jadikan nabi sebagai teladan, mengikuti sunah, perjuangan, akhlak, seluruh kehidupan dan mencintai Baginda kerana Allah.

Iklan

Cinta atas dasar iman dan ilmu, bukan emosi dan nafsu semata-mata.

IDOLA ini ada:
– IDOLATRY – Penyembahan berhala
– IDOLATER – Penyembah berhala musyrikin
– IDOLATROUS – Bersifat menyembah atau memuja
– IDOLIZE – Terlampau menyanjung
– IDOLIZATION – Pemujaan, pendewaan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adnin Roslan (@ustazadnin)

Sumber: Instagram @ustazadnin dan Canva