315 helai lampin, 15kg susu seminggu, ibu cerita cabaran anak kembar 9, paling ramai di dunia

A
A
A

MEMILIKI anak kembar tentunya mempunyai cabarannya tersendiri. Apatah lagi jika ia adalah kembar sembilan iaitu yang luar biasa ramai di dunia.

Ibu dari Mali, Halima Cisse, 27, pernah meraih perhatian dunia melahirkan anak kembar sembilan pada Mei 2021.

Baca juga: Perut ibu 30kg ketika hamil, kembar 9 pecah rekod dunia bakal pulang ke Mali

Baca juga: Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil

Kredit foto: BBC News Africa

Kembar luar biasa itu juga direkodkan oleh Rekod Dunia Guinness. Ia terdahulu dipegang seorang ibu dari Amerika Syarikat, Nadya Suleman yang melahirkan bayi kembar lapan pada tahun 2009.

Baca juga: 8 bayi kembar Octomom kini berusia 11 tahun

Sebelum dikurniakan kembar sembilan, Halima dan suami, Abdelkader Arby, 36, terdahulu memiliki seorang cahaya mata perempuan, Souda berusia tiga tahun.

Kredit foto: BBC News Africa

Ketika temu ramah dilakukan pada Mei lalu, pasangan kembar yang terdiri daripada empat lelaki dan lima perempuan itu sudah aktif merangkak dan berjalan.

Empat yang lelaki dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI manakala perempuan pula ialah Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.

Baca juga: [VIDEO] Kembar tiga, ibu kongsi gelagat anak menangis dan sambung tidur selepas buat kembar lain terjaga

“Syukur anak-anak semuanya sihat. Pada mulanya ia sukar kerana mereka bayi pramatang,” kata Halima.

Halima dan suami, Abdelkader

Kembar sembilan itu dilahirkan dengan berat 500 gram hingga 1 kilogram (kg) pada usia kandungan 30 minggu.

Seperti mana yang anda bayangkan, menjaga anak kembar sembilan bukan mudah, Halima dan suami memiliki cabarannya tersendiri.

Membesarkan seorang bayi sudah cukup tinggi kosnya, inikan pula sembilan sekali gus. Pada usia si kembar setahun, sebanyak 315 helai lampin pakai buang (45 keping sehari) dan 15kg susu formula digunakan setiap minggu!

Baca juga: Kembar Siam cantum kepala berkongsi otak, berjaya dipisahkan, dibedah 27 jam

Kredit foto: BBC News Africa

“Anak-anak saya tidak tidur pada masa yang sama. Ada yang tidur lebih awal, ada yang tidur lewat. Begitu juga dengan waktu bangun tidur, masing-masing mempunyai masa sendiri,” ujar Halima.

Selain itu, ibu berkenaan mengakui sukar untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Namun semasa anak-anaknya masih dirawat di hospital sehingga mencecah usia tiga bulan, Halima masih sempat memerah susu ibu menggunakan pam untuk diberikan kepada sembilan buah hatinya.

Baca juga: Jarang berlaku, wanita hamil dua kembar lelaki dan dua kembar perempuan tanpa rawatan kesuburan

Kredit foto: BBC News Africa

“Kami cuba untuk menyusun masa. Setiap hari pada jam 10 pagi, si kembar akan berada di ruang tamu. Mereka akan bermain sesama mereka sambil menonton menonton kartun kegemaran,” katanya.

Bercerita tentang tentang pengalamannya membesarkan 10 anak serentak, Abdelkader yang merupakan seorang pegawai Tentera Laut mengakui ia tidak mudah.

“Saya bersyukur melihat semua anak dalam keadaan sihat dan mengikut perkembangan bayi yang normal. Kami lega dan lupa segala-gala kepayahan dan cabaran," katanya.

Baca juga: Besarnya dugaan, wanita hamil kembar 3 keguguran jatuh di tandas buat ramai sebak

Kembar sembilan itu dilahirkan dengan berat 500 gram hingga 1 kilogram (kg) pada usia kandungan 30 minggu. (Kredit foto: CNN)

Si kembar sembilan meraikan hari lahir pertama bersama jiran-jiran mereka dan jururawat.

Kelahiran luar biasa bayi kembar sembilan ini meraih perhatian dunia pada tahun 2021. Kehamilan Halima disahkan semasa pemeriksaan awal kembar tujuh rupa-rupanya sembilan.

Menjelang kelahiran kembar sembilan setahun yang lalu, Halima dan Abdelkader diterbangkan ke Maghribi oleh kerajaan Mali agar wanita itu boleh menerima rawatan perubatan khusus.

Baca juga: Wanita pelik ketiak bengkak penuh susu selepas lahir bayi kembar tiga, rupanya…

Kredit foto: CNN

Sepasukan lebih 30 doktor dan petugas kesihatan terlibat dalam proses kelahiran kembar itu.

Abdelkader memberitahu BBC anak-anak kembarnya masih berada di bawah jagaan klinik tempat mereka dilahirkan dan kini tinggal di sebuah pangsapuri yang lengkap dengan peralatan perubatan di Casablanca, Maghribi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kira-kira 15 juta bayi dilahirkan pramatang setiap tahun dengan majoritinya di benua Afrika dan negara-negara Asia Selatan.

Sumber: Guiness World Records, BBC News Africa, CNN

Baca juga: Abang gelap, adik cerah, pasangan kembar lain kaum jarang ditemui

Baca juga: Luar biasa! Wanita Afrika Selatan lahir kembar 10, hasil scan mendapati kembar lapan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang