Tergamaknya! Tolak isteri hamil 7 bulan tepi tebing untuk kaut duit insurans, lelaki dipenjara 30 tahun
TERGAMAKNYA wahai suami!
Selepas berumah tangga, lelaki yang bergelar suami bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan isteri serta melindungi daripada segala bahaya.
Namun lain halnya dengan lelaki di Turkiye ini yang ‘kelabu mata’ dengan polisi insurans isteri hingga sanggup menamatkan riwayat suri hati yang sarat hamil.
Hakan Aysal, 41, berhadapan hukuman penjara 30 tahun selepas didapati bersalah mengakibatkan kematian isterinya dua pada Jun 2018.
Tidak dapat diterima akal, Hakan sanggup melakukan perbuatan tidak berperikemanusian itu sejurus selepas berswafoto dengan isterinya, Semra Aysal, 32 yang sedang mengandung tujuh bulan.
Baca juga: Atlet bola tampar Turki curi tumpuan, jelita persis ratu cantik
Entah ke mana hilangnya pertimbangan, Hakan menolak Semra dari tebing setinggi 1,000 kaki (kira-kira 304 meter) yang terletak di Butterfly Valley, di wilayah Mugla, Turkiye.
Lebih memilukan, lelaki itu yang sedia maklum isterinya takut kepada ketinggian telah menarik tangan wanita itu dengan berpura-pura mengambil swafoto sebelum menolaknya.
Polis yang dimaklumkan mengenai kematian tersebut mula berasa curiga setelah mendapati Hakan cuba menuntut polisi insurans Semra beberapa hari selepas kejadian.
Hakan yang mulanya menafikan pembunuhan itu merayu atas alasan dia sedang mengalami gangguan mental. Bagaimanapun pemeriksaan perubatan memutuskan dia sihat dan waras.
Hakan diheret semula ke mahkamah pada 24 Oktober lalu. Semasa perbicaraan, saksi memberitahu bagaimana lelaki itu tampak tenang selepas disahkan Semra mati.
Orang awam yang membantu di tempat kejadian, Sait Erturk menyifatkan lelaki itu sebagai tidak ambil kisah dan enggan ikut serta mencari mayat mangsa.
Baca juga: Lelaki kacak di sebalik taburan garam penuh gaya bapa kepada 9 orang cahaya mata
"Hakan nampak tenang, tidak seperti seorang lelaki yang baru kehilangan isteri,"katanya.
Seorang lagi saksi, Recep Sahin berkata anak perempuannya sempat merakam detik-detik terakhir Serma di tebing kawasan peranginan popular itu.
“Anak perempuan saya sedang merakam pemandangan dengan telefon dan mendapati pasangan (Hakan dan Serma) turun dari cerun.
'Kami juga bergurau berkata adakah lelaki berkenaan akan menolak wanita itu atau sebaliknya,” katanya.
Kedua-dua saksi menambah bahawa defendan kelihatan sangat tenang ketika pihak penyelamat berada di tempat kejadian.
Pada hari kematian Semra, seorang lagi saksi mendakwa telah merakam detik Hakan mengheret wanita itu ke tepi tebing. Bagaimanapun tiada siapa yang sempat merakam detik Semra terjatuh.
Pendakwa raya berkata pasangan itu beada di puncak tebing berkenaan selama tiga jam bagi memastikan tiada sesiapa memerhati.
Baca juga: Kasih ibu, biarpun kaki dipasung wanita tetap menyusukan anak
Mahkamah mendapati Hakan cuba mendapatkan bayaran insurans isteri bernilai £40,000 (kira-kira RM216, 385.94) yang diambil polisi insuran tidak lama sebelum isterinya meninggal dunia.
Tidak sekadar itu, Februari lalu mahkamah mendengar keterangan daripada abang Semra, Naim Yolcu yang menambahkan rasa curiga.
“Ketika kami pergi ke Institut Perubatan Forensik untuk menuntut jenazah Semra, Hakan hanya duduk di dalam kereta. Saya dan keluarga sedih bukan kepalang tetapi Hakan tidak menunjukkan emosi kehilangan atau menangis.
"Adik saya tidak suka mengambil pinjaman tetapi selepas arwah meninggal dunia, kami mendapat tahu bahawa beliau mempunyai tiga pinjaman yang diambil bagi pihak suaminya,” kata Naim.
Baca juga: Suami kejam tembak isteri dan sumbat dalam tong biru akan dituduh esok
Akhbar tempatan mendedahkan fakta mengejutkan yang mana jumlah pinjaman yang dibuat Hakan bukan tiga sebaliknya tujuh. Kesemanya transaksi pinjaman dilakukan menerusi akaun Semra.
Selepas kematian mangsa, Hakan dikatakan berbelanja mewah, melancong dan menginap di lokasi-lokasi yang mahal sejurus menerima tuntutan insuran berjumlah £21,700 (RM117,389.37).
Mahkamah Tinggi Fethiye di selatan Turkiye memutuskan, Hakan perlu menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun sebelum dipertimbangkan untuk dibebaskan.
Baca juga: Bukan RM10,000 atau RM1,000. Gara-gara RM1.14, wanita ini dibunuh kejam suami sendiri!
Sumber: The Sun UK, Daily Mail, Mirror UK, NDTV
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang