2 beradik maut, adik direnjat elektrik ketika selamatkan abang, 13 info ibu-ibu perlu tahu

A
A
A

DUA adik beradik maut selepas kedua-duanya direnjat arus elektrik selepas si adik cuba menyelamatkan abang.

Kisah dua bersaudara ini dikongsikan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, Norazlin Syahidah Ali.

Malang tidak berbau apabila si aban, Adam Harish Zamri, 11, dan Adam Haziq Zamri, 10, menemui ajal akibat terkena renjatan elektrik ketika bermain di kawasan luar rumah mereka di Kampung Teras Jernang, Kajang, Selangor.

Lebih menyedihkan kemalangan tragis itu turut disaksikan oleh adik bongsu mereka manakala bapa tiada di rumah kerana ke kedai yang terletak 1 hingga 2 kilometer dari kediaman mereka.

Baca juga: Lima sahabat sehidup semati, terperangkap dalam kereta selepas kemalangan, berikut kronologi kejadian

Kredit foto: Pexels

Berikut adalah kronologi kejadian:

1-Difahamkan terdapat wayar elektrik pada tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terputus dan terjatuh di atas bumbung rumah mereka.

2- Ketika mereka bermain di luar rumah, Adam Harish (abang) terpegang besi ampaian baju dalam keadaan basah dan terkena renjatan elektrik.

3- Si adiknya (Adam Haziq) cuba menyelamatkan abangnya, tetapi turut terkena renjatan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

4- Mayat kedua-dua mangsa masih berada di Hospital Serdang (ketika artikel ditulis) untuk prosedur bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras Jernang, Kajang, Selangor.

5- Norazlin turut berkongsi ibu bapa mangsa hanya bekerja sendiri, mengutip botol, tin, menangkap ikan di sungai untuk dijual sebagai punca pendapatan.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Adam Harish dan Adam Haziq Zamri.

Diharapkan kita semua mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan renjatan elektrik.

Baca juga: ‘Adik paling baik, rajin- Abang ipar dedah rider maut dirempuh SUV suka membantu, utamakan keluarga

RENJATAN ELEKTRIK

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna untuk tidak menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.

Kecederaan renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh atau terdedah kepada punca elektrik.

Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu tersebut mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns).

Ia juga boleh mengakibatkan kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock).

Jika mendapati seseorang terkena renjatan elektrik, anda dinasihatkan untuk melakukan lima perkara berikut;

i-Tidak enghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehingga suis dimatikan sepenuhnya atau ada risiko letupan berlaku.

ii-Tidak enyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka terbakar.

iii-Jangan buang kulit yang mati atau memecahkan lepuh pada kulit.

iv-Jangan sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik

Baca juga: Kereta boleh terbakar selepas kemalangan, 5 perkara ini jadi punca

Kredit foto: Pexels

 

TIP KESELAMATAN ELAK RENJATAN ELEKTRIK

1-Pengguna dinasihatkan memilih perkakasan elektrik yang diluluskan oleh SIRIM untuk menjamin keselamatan dan mengelakkan perkara yang tidak dingini seperti renjatan elektrik dan litar pintas.

2-Ketika berada di sekitar talian elektrik bagi mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik dan sentiasa memantau aktiviti anak-anak. Elakkan daripada melakukan perkara berikut:

a) Melontarkan sebarang alatan atau objek

b) Tidak membawa galah atau kayu panjang melintasi talian.

c) Tidak bermain layang-layang atau drone.

3- Bagi mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik, jauhkan peralatan elektrik anda daripada sumber air seperti paip, percikan air atau tangan basah. Misalnya, keringkan tangan sebelum anda menyentuh mana-mana suis eletrik di dapur.

Baca juga: 4 maut termasuk bayi akibat terkena renjatan elektrik alat pemanas air. Mayat mereka melekat

Sumber: TNB Careline

4- Pengguna juga dinasihatkan untuk tidak menyentuh mana-mana wayar yang terjatuh atau tergantung ketika bekalan elektrik terputus bagi mengelakkan renjatan elektrik.

5-Ketika banjir atau hujan, pengguna dinasihatkan tidak memotong atau menarik dahan pokok yang jatuh/ patah menimpa talian elektrik kerana mungkin masih bertenaga dan boleh mengakibatkan renjatan kepada anda.

6- Elak menggunakan terlampau banyak plug dalam satu soket untuk keselamatan semua. Apabila soket dibebankan dengan plug yang banyak, renjatan elektrik boleh berlaku.

7- Pastikan kabel penyambung dan wayar-wayar lain tidak berselerak di atas lantai yang boleh menyebabkan risiko terjatuh dan renjatan elektrik.

8-Ketika banjir, anda dinasihatkan tidak sentuh peralatan elektrik atau mendekati pepasangan TNB yang ditelenggami air.

Baca juga: 11 fakta kejadian pekerja taman tema maut, terkena renjatan elektrik

Baca juga: Imbas kembali 3 Ogos 1996, seluruh Semenanjung Malaysia ‘black out’

Sumber: Sinar Harian, Facebook TNB Careline, MyHealth KKM

Kredit foto utama: Pexels by Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca