BERSUARA memberikan pendapat itu tidak salah namun perlu mengkaji dan memahami lebih terperinci supaya menggelakkan kekeliruan terutama berkaitan agama.

Ini susulan kenyataan seorang peguam melalui podcast baru-baru ini menyatakan bahawa bertudung bukan perintah tuhan kerana suruhan tersebut tidak terkandung di dalam al-Quran.

Isu tersebut mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang menyatakan pandangan sedemikian berbahaya kerana hanya mentafsirkan kitab suci itu secara literal iaitu mengikut logik akal.

Ujarnya, individu berkenaan seolah-olah hanya mengikut pemahaman sendiri tanpa mengambil kira hadis Nabi Muhammad SAW dan tafsiran para ulama yang muktabar berkenaan ayat al-Quran.

Baca juga:Batuk lama tak sembuh-sembuh. Adakah ia asma atau bronkitis? Kenali perbezaannya!

“Pemahaman sebegini sangat mirip dengan cara yang digunakan oleh golongan liberal dan orientalis Barat dalam memahami ayat al-Quran.

“Di Malaysia, tercetusnya fahaman tersebut sejak kemunculan golongan yang menolak hadis Rasulullah SAW dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan pemikiran bercanggah dengan Islam.

“Mereka mentafsirkan al-Quran mengikut logik akal, mempertikaikan al-Quran sebagai wahyu Allah dan merombak syariah yang dianggap sebagai produk para ulama ratusan tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tegas Asma, perintah ALLAH SWT yang diturunkan melalui ayat al-Quran tidak boleh ditafsirkan dengan akal semata-mata.

Baca juga:Suami curang, hubungan terlarang, wanita bujang jangan takut berkahwin- Ustazah Asma’

“Kita perlu merujuk kepada ahlinya dan jangan buat tafsiran sendiri yang akhirnya menyimpang daripada maksud sebenar.

Iklan

“Lagipun, sumber hukum di dalam Islam merangkumi al-Quran, hadis Nabi Muhammad SAW, ijmak dan qiyas,” jelasnya lagi.

Beliau turut menasihati umat Islam untuk berwaspada dalam mengambil pandangan golongan yang membawa pemikiran menolak hadis secara terang-terangan.

“Ini kerana segala pemahaman liberal yang jelas akan merosakkan akidah,” katanya.

Berpendidikan tidak semestinya bijak, tak gitu!

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang