Kita dibolehkan dedah aib seseorang, tetapi ada syarat-syaratnya…

Dedah aib
January 12, 2021
Oleh Nurulfatiha

APABILA berbual, seboleh mungkin elakkanlah diri daripada membicarakan tentang perihal orang lain. Ia sebenarnya boleh mendorong kita untuk lebih rancak bersembang.

Kadangkala hinggakan tanpa sedar, kita membuka aibnya secara tidak sengaja. Walaupun mungkin itu bukanlah niat kita, tetapi apabila perkataan itu sudah keluar dari bibir, memang tidak dapat lagi untuk ditarik balik.


Barangkali sebab itulah Islam mengajarkan umatnya agar menjaga tutur kata. Jika tiada apa yang mahu dibualkan, diam adalah jalan yang terbaik.

Semua itu untuk kebaikan diri kita dan juga orang lain. Ketahuilah, orang yang menyimpan aib saudaranya, ALLAH SWT juga akan memelihara aib dirinya pada hari akhirak kelak.

Bukan sahaja aib orang lain, malah, aib diri sendiri juga dilarang untuk kita menjajanya.

Menurut pendakwah Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan menjelaskan, Islam sangat menjaga maruah dan aib setiap insan.

Iklan

IMAM MUDA HASSAN

Bahkan, ALLAH SWT yang menciptakan segala makhluk di muka bumi ini juga begitu menjaga hamba-hamba-NYA, jelasnya.

“Sebab itulah apabila kita melihat orang baik dan mulia. Itu semua kerana ALLAH menjaga aib hamba-NYA.

“Kita tidak akan nampak kelemahan individu tersebut. Sedangkan, semua manusia ada kelemahan dan keaiban masing-masing. Masakan tidak, tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini melainkan Nabi Muhammad SAW,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

(Artikel berkaitan: Jangan sesekali ungkit kisah silam orang, buka aib mereka… Begitu buruk implikasinya pada diri)

Benarkah kita dibenarkan membuka aib seseorang supaya dirinya bertaubat?

Iklan

Menjawab persoalan itu, Imam Muda Hassan menjelaskan, terdapat beberapa keadaan atau pengecualian yang dibenarkan oleh agama suci ini untuk kita mendedahkan aib orang.

Namun, tegasnya, ada beberapa syarat dan keadaan tertentu sahaja. Bukan semua keadaan dibolehkan untuk kita berbuat demikian.

Dedah aib

Keadaan pertama, jelas beliau, dibolehkan kita membuka aib seseorang andai orang itu melakukan kezaliman yang sangat besar. Andai ia tidak didedahkan, ia akan memberi mudarat besar kepada orang lain.

“Selain itu, kita juga dibenarkan mendedahkan aib seseorang yang melakukan maksiat dan dosa. Tujuannya supaya dia bertaubat dan berubah.

“Begitupun, ia bukanlah bermaksud kita ceritakan semua keaibannya kepada khalayak atau dalam erti kata lain tularkan (di media sosial). Itu menjatuhkan maruah seseorang dan ahli keluarganya.

“Cukuplah sekadar kita menceritakan dosa maksiatnya secara terang-terangan kepada orang tertentu. Umpamanya kepada pihak berkuasa atau mereka yang berkaitan.

“Apabila kita ceritakan dan mendedahkan aib itu kepada mereka, ia boleh membantu mengambil pihak terbabit mengambil tindakan kepada orang tersebut supaya dirinya berubah,” ujarnya.

Justeru, beliau mengingatkan kita agar selidik terlebih dahulu berita yang diterima terutama daripada media sosial.

Dedah aib“Ingatlah bahawa kita hidup dalam zaman media sosial yang merupakan ujian bagi kita. Media sosial membolehkan kita beroleh pahala.

“Pada masa sama, ia juga menjanjikan dosa. Ini kerana kadang-kadang apa yang lihat buat kelihatan baik dan elok dari segi niatnya, tetapi belum tentu pahala dapat diraih,” nasihatnya.

Apa-apapun, pilihan terletak pada diri masing-masing. Fikirkan semasak-masaknya sebelum membuka aib dan pekung di dada sendiri.

Sumber: Facebook Imam Muda Hassan

Foto: Freepik

Iklan

About Nurulfatiha

Biodata Penulis