Mengemis 13 tahun, peminta sedekah jelaskan isu simpanan RM149,000

Iklan
lutfi RM149K (1)

MENGEMIS adalah antara perbuatan yang biasa dilihat di pelbagai lokasi awam.

Orang kita yang prihatin sentiasa berkongsi rezeki memberikan pengemis wang agar wang dihulur membantu mereka mendapatkan sesuap nasi untuk kelangsungan hidup.

Iklan
Iklan

Selalunya, kehidupan peminta sedekah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun seorang pengemis di Indonesia ini yang beroleh ratusan juta rupiah.

Baca juga: Dulu pengemis, kini cuba nasib bergelar Miss Universe

Iklan

Lapor Kompas TV, pengemis yang dikenali sebagai Lutfi Haryono, 47, mendedahkan sudah 13 tahun meminta sedekah.

Lutfi mempunyai wang simpanan sehingga 490 juta rupiah (anggaran RM149,069). Wang tersebut disimpan dalam dua buah akaun bank persendirian.

Iklan

Selepas menjadi tumpuan, ketua kampung memanggil Lutfi.

Mengakui kepada wartawan Kompas TV bahawa wang itu miliknya. Dia juga sempat mengeluarkan 120 juta rupiah pada 10 Mei lalu dan Rp150 juta pada beberapa hari lalu. Pengeluaran itu, kata Lutfi, digunakan untuk keperluan rumah tangga.

"Ya, ada, ia (pengeluaran) adalah untuk tujuan pengurusan rumah,” katanya lagi.

Baca juga: Remaja 13 Tahun Dapat Habuan Lebih RM80,000 Hanya Kerana Terjumpa Keropok Yang Berbentuk Unik

Dedahnya, dia boleh meraih 50,000 rupiah (RM15.20) sehari daripada mengemis.

Bagaimanapun wang berkenaan tidaklah dari mengemis semata-mata. Ia juga wang simpanan lelaki itu ketika bekerja di restoran dan kedai sejak beberapa dekad lalu.

Selepas menjadi tumpuan dan viral di media sosial, Lutfi mengakui sudah tidak akan mengemis lagi.

Malah dia akan bertukar profesion dengan membuka warung. Perancangan itu turut disokong ketua kampung yang bersedia menghulurkan bantuan.

[caption id="attachment_83602" width="800"] Kredit foto: Indonesia Post[/caption]

Menurut Brigedier Polis Kota Timur, Romi Paera, Lutfi mula mengemis selepas berpisah dengan isterinya 13 tahun lalu.

Menurut Indonesia Post, lelaki itu ditangkap pihak berkuasa kerana didapati masih mengemis walaupun sudah berjanji tidak akan melakukannya kepada ketua kampung. Tidak hanya itu, lelaki berkenaan dikatakan mempunyai saman tertunggak.

Tidak lama dulu, isu mengemis pernah mendapat perhatian ramai kerana ia dikatakan jalan pintas sesetengah golongan meraih pendapatan lumayan. Ada yang memperolehi sehingga RM700 selama 12 jam!

"Namun, sekiranya terdapat keperluan yang mendesak maka ia adalah dibolehkan. Kita juga digalakkan untuk memberi sedekah dan menginfakkan harta kepada golongan yang memerlukan, namun tidak meminta-minta seperti pengemis," katanya.

Ajaran agama Islam menyuruh umatnya sentiasa bekerja dan berusaha dalam meneruskan kehidupan.

Baca juga: Mudahnya buat duit, wanita jual teks selamat malam, raih hampir RM20,000

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI