Anak tak sempat bergelar doktor maut dilanggar bas universiti, ibu tuntut pampasan RM8.1 juta

Iklan
Untitled design (3)

ANAK adalah segala-galanya bagi wanita yang bergelar ibu. Malah demi anak, ibu sanggup melakukan apa sahaja, walaupun nyawa sendiri menjadi pertaruhan.

Kisah dilalui seorang ibu di Thailand yang menuntut pembelaan atas kematian anaknya ini cukup menyayat hati. Nittaya Rungsatit, 55, kehilangan anak tersayang Arunnapa"Eye” Wattanapanich, 19, di dalam satu kemalangan tragis di dalam kampus.

Iklan
Iklan

Baca juga: Bahagia! Wanita kongsi video suami sambut hari lahir anak di parkir hospital buat ramai terharu

Baca juga: Impi 105 cahaya mata, isteri jutawan akui sukar urus 22 anak, suami ditahan gubah wang haram

Iklan

Penuntut jurusan perubatan di Khon Kaen University itu tidak sempat menggapai cita-citanya untuk bergelar doktor apabila maut dilanggar sebuah bas dimiliki universiti ketika berada membonceng motosikal ditunggang seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya. Lelaki berkenaan bagaimanapun terselamat walaupun cedera parah.

Iklan

Video rakaman kamera litar tertutup memaparkan bas Fakulti Kejururawatan itu dipandu dengan cuai di sebuah persimpangan yang mana seorang pengawal bertindak mengawal lalu lintas ketika kejadian.

[caption id="attachment_90860" width="800"] Kredit foto: Thaiger[/caption]

Bagaimanapun, pemandu bas, Surasak Seehawat, 36, membelok tanpa menyedari kewujudan motosikal dinaiki Eye dan rakan.

Baca juga: Demi langsaikan hutang, ibu ini sanggup jual anak dengan harga RM21K

Baca juga: Waktu terbaik untuk nasihati anak, ibu wajib amal rebut manfaatnya

[caption id="attachment_90861" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

Surasak bagaimanapun kemudian menyerah diri di tempat kejadian dan menegaskan beliau tidak dapat melihat motosikal itu ketika membelok ke kanan.

Jurucakap Balai Polis Mueng Khon Kaen mengesahkan pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah. Lelaki itu bagaimanapun didakwa memandu secara melulu menyebabkan kecederaan parah dan kematian. Mahkamah Wilayah Khon Kaen menolak ikat jamin.

Abang Eye, Weerawat Yukthirat, 29, yang merupakan alumni universiti tersebut memberitahu media persimpangan berkenaan terkenal dengan kemalangan. Justeru, beliau kehairanan apabila pihak insitusi pengajian tinggi itu tidak bertindak susulan kemalangan berulang.

Lapor The Thaiger, Weerawat berkata pihak universiti perlu menyiasat sama ada punca kemalangan itu adalah pemanduan melulu atau pengurusan trafik yang tidak sesuai.

Baca juga: Lama impikan anak lelaki, ibu reda bayi 'pergi' ketika tidur di taska sentuh hati ramai

[caption id="attachment_90862" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

Baca juga: Ibu jangan lupa didik anak lelaki buat kerja rumah, lepas kahwin tak jadikan isteri seperti hamba

Ibu bakal doktor yang maut itu tidak mendiamkan diri di atas perkara yang meragut nyawa anaknya. Susulan kejadian, Nittaya ke balai polis bagi membincangkan pampasan dengan wakil universiti.

Selepas empat jam berbincang, wanita terbabit menyuarakan hasratnya untuk bertemu terus dengan rektor Universiti Khon Kaen dan bukannya wakil.

Nittaya menuntut pampasan sebanyak 66 juta baht (RM8,197,098.60) dan menjelaskan jumlah itu adalah daripada apa yang anak perempuannya bakal perolehi selepas tamat pengajian.

Wanita berkenaan membuat perhitungan bahawa anaknya akan menamatkan pengajian pada usia 25 tahun dan bekerja sebagai doktor sehingga berumur 60 tahun.

Ibu berkenaan menambah, beliau belum menerima wang 130,000 baht (RM16,145.80) yang dijanjikan pihak universiti.  Nittaya mahu segala-galanya diselesaikan pada mesyuarat pada 12 September dan berharap rektor universiti turut hadir.

Baca juga: "Hari lahir Ummi diiringi pemergian anak sulungnya.” - Abang Uyaina meninggal dunia

Baca juga: Kejamnya! Ibu tipu anak sakit hingga maut semata-mata mahu kaut wang sumbangan

TITIK BUTA 

Titik buta atau blind spot merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh pemandu. Ia merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Setiap kenderaan mempunyai kawasan titik buta tersendiri yang mana pemandunya tidak dapat melihat kenderaan lain yang mengekori terlalu rapat ataupun sedang memotong. Hal ini disebabkan oleh reka bentuk kenderaan tersebut dan penglihatan pemandu yang terbatas.

[caption id="attachment_81390" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

Pemandu lori misalnya tidak dapat melihat kenderaan yang berada 10 meter di belakangnya. Justeru, sebelum menukar lorong, pemandunya perlu menoleh sedikit ke sebelah kiri atau kanan bagi memastikan bahawa tiada kenderaan lain berhampiran ketika menukar lorong atau memasuki persimpangan jalan.

Baca juga: Kanak-kanak maut disengat obor-obor di Pulau Pangkor, 6 info haiwan berbisa ibu wajib tahu

Baca juga: Hadir ke istana bersama ibu, hero banjir, Abang Viva terima Pingat Jasa Kebaktian

Sumber: The Thaiger, bjak.my, Institut Memandu Riakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan