4 hari terperangkap, cedera parah dan lemas, kanak-kanak terjatuh lubang 35 meter meninggal dunia

Iklan
7

EMPAT hari yang terjatuh ke dalam lubang sedalam 35 meter, kanak-kanak Vietnam akhirnya meninggal dunia. Kecederaan parah dan lemas dikenal pasti sebagai puncanya.

Lapor BBC, pihak berkuasa tempatan mengesahkan budak lelaki berusia 10 tahun yang terjatuh ke dalam tiang konkrit berongga pada ambang tahun baru sudah tiada lagi.

Iklan
Iklan

Thai Ly Hao Nam yang terjatuh ke dalam lubang tiang yang hanya selebar 25cm (10 inci) di sebuah tapak pembinaan di di wilayah Dong Thap menjadi perhatian ramai.

Baca juga: Kanak-kanak terjatuh lubang 35 meter, 25 cm lebar ketika cari besi buruk, raungan pilu meruntun hati

Iklan

Empat penuh debaran, pihak penyelamat daripada pelbagai lapangan bertungkus lumus cuba menyelamatkan nyawa anak kecil itu.

Iklan

Saat ini, pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengeluarkan jasad untuk disemadikan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Wilayah Dong Thap, Doan Tan Buu berkata oksigen yang tidak mencukupi dan beberapa kecederaan yang dialami kemungkinan punca kanak-kanak itu meninggal dunia.

"Kami telah mengutamakan penyelamatan kanak-kanak itu. Bagaimanapun dengan keadaan mustahil kanak-kanak itu terselamat," katanya.

Baca juga: 4 hari jatuh perigi ada ular, kala jengking, berikut kronologi budak 10 tahun terselamat

Dua hari selepas terjatuh, tangisan pilu Nam meminta tolong masih didengari. Bagaimanapun penyelamat tidak lagi menerima sebarang respons daripada si kecil itu semasa menurunkan kamera pada hari Isnin.

Pihak berkuasa Vietnam mengerahkan ratusan askar dan pakar kejuruteraan untuk menyelamatkannya.

Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh meminta penyelamat peringkat persekutuan untuk menyertai usaha pihak berkuasa tempatan menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

Thai Van Tan Tai, 40, bapa kepada Nam berada di tempat kejadian sejak hari pertama kemalangan menimpa anaknya.

Baca juga: Kanak-kanak terperangkap perigi 32 meter meninggal dunia, berikut tragedi #SaveRayan menarik perhatian global

Baca juga: Kecederaan otak, paru-paru, tulang patah punca kematian Rayan, berikut kronologi operasi menyelamat

[caption id="attachment_102913" width="800"] Bapa Nam, Thai Van Tan Tai pilu menerima berita kematian.[/caption]

Difahamkan pada 31 Disember 2022, Nam dan tiga orang rakannya ke tapak projek pembinaan jambatan Roc Sen kira-kira satu kilometer dari rumahnya untuk mengumpul besi buruk.

[caption id="attachment_102914" width="800"] Ibu Nam, Nguyen Thi My Linh di rumah mereka di Phu Loi, daerah Thanh Binh.[/caption]

Warga maya yang mengikuti proses menyelamat Nam meluahkan kesedihan.

-"Ini benar-benar menyayat hati. Kanak-kanak yang malang ini kehilangan nyawanya ketika mencari nafkah.”

-"Bersemadilah anak. Sedih memikirkan keluarga dan rakan-rakannya”

-"Sedihnya, takziah buat keluarga kanak-kanak ini.”

Lubang yang dalam meragut nyawa kanak-kanak dari seluruh dunia. Pada awal tahun 2022, kanak-kanak di Maghribi dan Afghanistan menjadi perhatian dunia selepas maut kerana terjatuh ke dalam telaga.

Haidar, 9, dan Rayan Awram, 5, masing-masing maut terjatuh ke dalam perigi sedalam 25 meter dan 32 meter.

Baca juga: Kesudahan serupa Rayan, kanak-kanak Afghanistan terperangkap perigi 70 jam meninggal dunia

Sumber: BBC, vneexpress.net

Kredit foto: vneexpress.net

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.