BERTUGAS sebagai wartawan dalam bidang media bermakna anda sentiasa sibuk. Lebih-lebih lagi sebagai wartawan penyiaran, tak sempat makan dan tidak cukup rehat itu perkara biasa.
Seperti seorang wartawan Kanada, Jessica Robb yang tiba-tiba pengsan di lokasi menjadi perhatian dunia. Masakan tidak heboh, kejadian pengsannya itu berlaku ketika siaran langsung.
Bertugas di stesen televisyen CTV, Robb sedang menyampaikan segmen berita pukul 6 petang.
Baca juga: Anak 'tidur'terhidu karbon monoksida dalam kereta, rupanya pengsan
Sejurus sebelum pengsan, Robb mula mengulangi beberapa perkataan dan memberitahu hos -"Saya tidak sihat."
Robb sebelum pengsan mengulas mengenai keluarga mangsa tiga tahun selepas penerbangan PS752 terhempas ditembak tentera Iran.
Baca juga: Tersadung, pengsan, remaja 16 tahun maut ketika merentas desa
"Keluarga mendorong ke... menolak ke,” tutur Robb mengulang kata-katanya sambil tergagap-gagap.
"Maaf Nahreman. Saya, saya, saya tidak berapa sihat sekarang, dan saya akan…,” katanya.
"Baiklah, kami akan kembali kepada anda dan kami akan memastikan bahawa Jessica baik-baik saja. Terima kasih,” tutur Nahreman cuba mengawal keadaan.
Beberapa jam selepas wartawan itu dipercayai pengsan, stesen TV CTV Edmonton, membuat ciapan memberitahu Robb sedang dirawat.
Baca juga: Doktor dedah budak disahkan kanser otak selepas pengsan, mak ayah wajib peka 5 tanda ini
Pada masa yang sama Robb sendiri mengemas kini Twitternya dan mengatakan beliau okay.
"Terima kasih kepada semua orang yang telah sampai, jurukamera saya, @Stmcclune kerana berada di sana untuk saya, & @NahremanIssaCTV kerana menjadi profesional seperti biasa,” katanya.
Dalam satu kenyataan yang dikongsi dengan Daily Mail, Robb mendedahkan sesuatu telah berlaku.
"Pada malam Ahad, detik yang sangat peribadi terdedah berlaku semasa saya membuat laporan secara langsung,” katanya.
Belum tahu apa punca Robb pengsan, tetapi kita perlu mengambil pengajaran daripada kejadian ini.
Ambil tahu punca, gejala dan rawatan yang perlu dilakukan apabila seseorang pengsan.
Baca juga: Pengsan ketika dialisis, ibu Abby Abadi meninggal dunia
Pengsan, apa perlu anda tahu?
[caption id="attachment_103492" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]
1- Pengsan atau syncope terjadi apabila seseorang itu hilang kesedaran tahap separa atau penuh disebabkan oleh penyusutan sementara bekalan darah beroksigen ke otak.
2-Apakah yang menyebabkan pengsan? Pengsan mungkin diakibatkan oleh:
- Tekanan perasaan
- Cuaca yang panas dan lembab
- Ruang atau bilik yang mempunyai pengudaraan yang tidak baik
- Usia tua
- Berdiri terlalu lama
- Haid terutamanya sakit ketika senggugut
- Dadah sosial terutamanya alkohol
- Pengambilan ubatan terutamanya ubat darah tinggi (anti hipertensi)
- Diabetes
3-Pengsan juga boleh terjadi sekiranya individu mengalami:
- Tekanan darah tiba-tiba menurun (hypotension)
- Anemia
- Degupan jantung tidak menentu
- Serangan penyakit di otak
- Serangan migrain
4-Gejala dan tanda pengsan
- Tiba-tiba rasa ‘melayang’
- Lemah keseluruhan badan, kemudian rebah
- Pendengaran menjadi kurang jelas atau penglihatan menjadi kabur
- Loya, kulit rasa panas sejuk
- Pucat dan berpeluh
- Kadar nadi menjadi perlahan
- Sedar sepenuhnya dalam masa yang singkat
5-Rawatan segera jika seseorang pengsan:
- Jika seseorang merasakan seperti hendak pengsan, mereka perlu duduk serta-merta dan membengkokkan badan dengan meletakkan kepala mereka di antara lutut atau baring.
- Sekiranya pernafasan dan kadar denyutan nadi didapati biasa, biarkan individu terbabit terus baring dengan kepala mereka ke bawah dan mengiring ke satu sisi dalam keadaan selesa.
- Meninggikan kedua-dua kaki dapat membantu peredaran darah kembali ke jantung.
- Ubat-ubatan biasanya tidak diperlukan untuk merawat pengsan tetapi beberapa prosedur perubatan mungkin perlu untuk memastikan tiada masalah jantung yang berkaitan:
-Elektrokardiogram (ECG) digunakan untuk menguji denyutan jantung yang tidak normal
-Ujian lain seperti ujian ‘exercise stress test’, Holter monitor, Echocardiogram, mungkin diperlukan untuk mengesan masalah lain bagi jantung.
6-Langkah-langkah pencegahan bagi mereka yang kerap pengsan:
- Jangan lakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan.
- Pastikan pengudaraan baik dan menghirup udara segar.
- Elakkan berada dalam keadaan berdiri dan tidak bergerak untuk jangka masa yang lama.
- Sekiranya dalam rawatan perubatan, pastikan mereka mengambil ubat-ubatan mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
7-Penting untuk memeriksa kadar denyutan jantung dan pernafasan apabila seseorang itu pengsan. Kebanyakan kejadian pengsan tidak bahaya, bagaimanapun ia boleh jadi isyarat kepada masalah yang lebih serius.
Jika anda pengsan, dapatkan nasihat pegawai perubatan dengan segera untuk mengetahui mengapa ia berlaku.
Baca juga: Cemasnya! Perenang pengsan ketika berlatih, mujur jurulatih cepat bertindak
Sumber: Daily Mail, MyHealth
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.\