Wedding of the year! Majlis perkahwinan diraja Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah bakal berlangsung 10 hari

Iklan
Wedding of the year! Atur cara majlis perkahwinan diraja Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah, bakal berlangsung 10 hari (3)

WEDDING of the year, itulah yang disebut-sebut warga maya tentang perkahwinan anakanda ke-10 Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen.

Apatah lagi dengan jumlah pengikut seramai 2.5 juta di Instagram, populariti dimiliki anakanda kepada Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah tidak dapat disangkal lagi.

Iklan
Iklan

Sekadar makluman, berita pertunangan Putera Mateen pertama kali diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi diraja daripada bapanya, Sultan Hassanal Bolkiah pada Oktober 2023.

Iklan

Baca juga: Lembut je. Sedapnya suara bakal isteri Putera Mateen mengaji

Baca juga: Siapa Dayang Anisha, permaisuri dalam hati Putera Mateen? 10 info menarik, bakal disatukan 11 Januari 2024

Iklan

Baca juga: Anakanda Sultan Brunei, Putera Mateen nikah 7 Januari tahun depan, cucu penasihat diraja jadi pilihan hati

Menerusi laporan akhbar tempatan Brunei, pengiran berusia 32 tahun itu bakal melangsungkan pernikahan dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam dalam acara yang berlangsung selama 10 hari.

Acara istiadat perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha ini bakal berlangsung bermula 7 Januari, yang mana akan termasuklah santapan diraja, diiringi dengan persembahan muzikal diraja serta semestinya akan dihadiri ramai tetamu diraja dari seluruh dunia. Selepas tiga bulan pengumuman tentang pasangan diraja ini bakal berkahwin dibuat, istiadat perkahwinan diraja ini dikatakan bakal dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.

Selepas tiga hari, pada tarikh 14 Januari, Putera Mateen dan Dayang Anisha bakal melangsungkan Majlis Bersanding Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman yang merupakan acara kemuncak istiadat perkahwinan diraja selama 10 hari.

Istiadat berkenaan dijangka bakal dihadiri ramai tetamu diraja dan kehormat dari seluruh dunia.

Manakala majlis persantapan diraja pula akan diadakan pada malam 15 Januari dan semua istiadat akan berakhir pada 16 Januari iaitu dengan majlis membaca doa selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga.

Meriahnya majlis meraikan mempelai diraja, Radio Televisyen Brunei menganjurkan Peraduan Mencipta dan Menerbitkan Lagu Perkahwinan Diraja 2024.

Dua buah lagi dipilih sebagai juara dan naib juara iaitu Renjana Pengantin ciptaan Muhd Hazwan Haji Awang Madial yang membawa pulang hadiah wang tunai $2,000 dan sijil penyertaan.

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Baca juga: [20 FOTO] Indah persandingan diraja puteri Sultan Brunei, kakanda Putera Mateen jadi perhatian

Baca juga: Terkini dan kontemporari, busana indah mempelai diraja Brunei rupanya direka Bernard Chandran

Manakala naik juara ialah Bahtera Mahligai Mempelai Diraja yang digubah oleh Pg Md Fauzie Pg Zainal Abidin.

Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha bersama menyambut tahun baru 2024 seminggu sebelum perkahwinan mereka.

Berkongsi foto bersama tunang tersayang, putera keempat Sultan Hassanal Bolkiah itu menitipkan kapsyen"Semoga yang terbaik untuk 2024."

Seri bakal pengantin terserlah, Putera Mateen yang memakai sut biru manakala Anisha pula manis menggayakan blazer krim. Tangannya disilangkan di hadapannya memperlihatkan cincin pertunangan berlian yang indah pada jari manisnya.

Siapa gerangan Anisha ini? Berikut 10 fakta menarik mengenainya:

1-Dayang Anisha yang juga dikenali sebagai Anisha Isa Kalebic dilahirkan pada 1994.

2-Beliau merupakan cucu kepada penasihat sultan yang berpengaruh di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim.

2.Datuknya juga merupakan seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.

3. Pada November 1974 hingga Januari 1984, Datuk kepada Anisha juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei yang diasaskannya.

4. Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya abang kandung Anisha yang dikenali dengan nama Danial Deen Isa Kalebic merupakan sahabat rapat Putera Mateen.

5. Anisha adalah graduan universiti popular di England. Beliau juga memiliki label fesyennya sendiri iaitu Silk Collective.

6. Wanita jelita itu turut memiliki perniagaan sektor pelancongan bersama rakan baiknya yang diberi nama Aunthentirary.

7. Tidak hanya memiliki wajah yang cantik, Anisha juga gemar memasak. Malah wanita anggun ini juga memiliki akaun Instagram yang memuatkan hantaran dan perkongsian berkenaan hobi memasaknya.

8. Sama seperti bakal suami, Anisha juga mementingkan kecergasan dan gemar bersenam.

9-Putera Mateen dan Anisha dikatakan mula rapat pada tahun 2019 dan hubungan mereka mula dikesan pada tahun 2022.

10-Kelibat mereka berdua sering dilihat bersama termasuk ketika menghadiri majlis perkahwinan di raja iaitu di majlis Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang diadakan pada 15 Januari di Istana Nurul Iman.

Baca juga: Meniti usia remaja, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah makin seiras dengan Azrinaz Mazhar Hakim, kejelitaan terserlah

Baca juga: ‘My Son-shine.’ Seiras wajah Azrinaz Mazhar Hakim, ketampanan Pengiran Muda Abdul Wakeel jadi perhatian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!